Pembangunan model kompetensi POPSS bagi pemimpin pertengahan kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu model kompetensi bagi pemimpin

pertengahan kolej matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif kajian ini

memfokuskan kepada konstruk dan elemen model kompetensi...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8854 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu model kompetensi bagi pemimpin

pertengahan kolej matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif kajian ini

memfokuskan kepada konstruk dan elemen model kompetensi yang diuji

kebolehgunaannya. Pembangunan model ini menggunakan pendekatan reka bentuk

dan pembangunan yang melibatkan tiga fasa utama iaitu, fasa analisis keperluan, fasa

pembangunan dan fasa penilaian. Fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan

melibatkan temu bual terhadap enam orang pemimpin pertengahan di kolej

matrikulasi bertujuan mengenal pasti keperluan membangunkan model. Fasa kedua

menggunakan teknik Fuzzy Delphi Method (FDM). Seramai 30 orang pakar dilibatkan

dalam FDM1 dan 30 orang pakar dalam FDM2 serta temu bual tiga orang pakar

dijalankan bertujuan bagi memperoleh kesepakatan pakar terhadap konstruk dan

elemen model. Seterusnya, fasa ketiga menggunakan kaedah soal selidik melibatkan

seramai 159 orang responden bagi menilai kesepadanan model untuk pengesahan

kebolehgunaan. Dapatan analisis keperluan dalam fasa pertama mengesahkan bahawa

terdapat keperluan untuk membangunkan satu model khusus bagi kegunaan pemimpin

pertengahan kolej matrikulasi. Seterusnya, dapatan kajian menggunakan panel pakar

FDM1 dalam fasa pembangunan telah mengesahkan empat konstruk utama dalam

model yang dibina dengan penambahan satu konstruk baharu. Dapatan temu bual tiga

orang pakar telah menyusun semula lima konstruk kompetensi tersebut dan

kesepakatan pakar FDM2 menyenaraikan 60 elemen untuk dimasukkan ke dalam

model kompetensi POPPS. Analisis EFA dan CFA mendapati kesemua lima konstruk

dengan hanya 45 elemen adalah sepadan dengan data di lapangan dalam fasa ketiga.

Analisis model pengukuran struktural juga menunjukkan model mencapai indeks

kesepadanan, dengan nilai RMSEA=0.071, CFI=0.912, TLI=0.907, dan

Chisq/df=1.780. Kajian ini membangunkan model kompetensi pemimpin pertengahan

iaitu, model POPSS yang meliputi konstruk kompetensi kepimpinan personal (P),

organisasi (O), profesional (P), sosial (S) dan spiritual (S). Kajian ini memberikan

implikasi yang signifikan kepada pemimpin pertengahan pendidikan di Malaysia

khususnya pemimpin pertengahan di kolej matrikulasi dalam menjadikan model ini

sebagai panduan bagi meningkatkan pencapaian kompetensi mereka untuk

memimpin.