Kesan modul pengaturcaraan menggunakan aplikasi Scratch bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer terhadap pencapaian murid

Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengaturcaraan menggunakan aplikasi

Scratch dan mengenal pasti kesan modul terhadap pencapaian murid-murid tingkatan

dua bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Sebuah...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8868 |
Tags: | Add Tag |
Summary: |
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengaturcaraan menggunakan aplikasi

Scratch dan mengenal pasti kesan modul terhadap pencapaian murid-murid tingkatan

dua bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK). Sebuah modul telah dibangunkan

berpandukan model Sidek bagi topik Struktur Kod Arahan. Kajian ini menggunakan

reka bentuk kuantitatif dengan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan 30 orang

murid tingkatan dua di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Teknik persampelan rawak

berkelompok digunakan dan murid-murid dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan. Dua jenis instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan

pasca dan soal selidik kebolehgunaan modul. Data dianalisis menggunakan statistik

deskriptif dan inferens yang melibatkan ujian-t sampel bebas. Dapatan kajian bagi soal

selidik kebolehgunaan modul telah diperoleh daripada tiga orang pakar dalam bidang

ASK. Bagi kebolehgunaan modul, dapatan kajian menunjukkan panel pakar bersetuju

bahawa modul pengaturcaraan menggunakan aplikasi Scratch mempunyai tahap

kebolehgunaan yang baik bagi kelima-lima aspek, iaitu aspek format (M=4.63,

SP=.257), isi kandungan (M=4.47, SP=.474), kebolehcapaian objektif (M=4.33,

SP=.577), kebolehlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (M=4.44, SP=.556),

dan kepuasan (M=4.72, SP=.255). Bagi kesan modul terhadap pencapaian murid,

dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian

ujian pasca di antara kumpulan rawatan (M=60.67, SP=13.009) dan kumpulan kawalan

(M=51.53, SP=11.115) bagi topik Struktur Kod Arahan, iaitu t(28) = -2.067, p<.05.

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan ciri-ciri modul pengaturcaraan yang

menggunakan aplikasi Scratch bagi topik Struktur Kod Arahan dapat meningkatkan

pencapaian murid-murid. Implikasi kajian ini menunjukkan ciri-ciri yang terdapat

dalam modul boleh dijadikan sebagai panduan bagi pembangunan bahan pembelajaran

yang bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 dan modul pengaturcaraan ini dapat

memberi kesan yang baik terhadap pencapaian murid.