Kesan Strategi Pengajaran Resiprokal terhadap kemahiran penyelesaian masalah, minat dan kebimbangan murid terhadap matematik

Kajian ini bertujuan menentukan kesan penggunaan Strategi Pengajaran Resiprokal (SPR)

terhadap kemahiran penyelesaian masalah, minat dan kebimbangan murid terhadap

matematik. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Beh, Jun Siong
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8890
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menentukan kesan penggunaan Strategi Pengajaran Resiprokal (SPR)

terhadap kemahiran penyelesaian masalah, minat dan kebimbangan murid terhadap

matematik. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini

melibatkan murid-murid dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu seramai 64 orang

murid Tahun Empat. Sebanyak 32 orang murid dalam kumpulan rawatan diajar

menggunakan SPR dan 32 orang murid dalam kumpulan kawalan diajar menggunakan

teknik konvensional. Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data kuantitatif secara ujian

pra, ujian pertengahan, ujian pos dan soal selidik. Temu bual sebagai data kualitatif dikutip

untuk menyokong data-data kuantitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak ada

perbezaan yang signifikan dalam kemahiran penyelesaian masalah di antara kumpulan

rawatan (M=40.88, SP=8.75) dan kumpulan kawalan (M=40.50, SP=8.13) dalam ujian pra,

t(62)=0.18, p>0.05. Dalam ujian pertengahan juga menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan

yang signifikan dalam kemahiran penyelesaian masalah antara kumpulan rawatan (M=47.13,

SP=8.23) dan kumpulan kawalan (M=44.38, SP=9.13), t(62)=1.27, p>0.05.

Walaubagaimanapun, kumpulan rawatan (M=56.81, SP=10.54) menunjukkan peningkatan

yang signifikan dalam ujian pos jika berbanding dengan kumpulan kawalan (M=50.44,

SP=9.83), t(62)=2.50, p<0.05. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan dalam minat murid terhadap matematik antara murid kumpulan rawatan

(M=54.91, SP=4.42) dan kumpulan kawalan (M=51.41, SP=4.82), t(62)=3.03, p<0.05.

Kebimbangan murid terhadap matematik bagi kumpulan rawatan (M=26.82, SP=1.87)

adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan kawalan (M=28.94, SP=1.76), t(62)=4.68,

p<0.05 dan menunjukkan perbezaan yang signifikan. Data temu bual menunjukkan tahap

penguasaan murid dalam kemahiran penyelesaian masalah telah meningkat. Murid juga akan

membuat latihan matematik pada masa lapang dan menjadi lebih yakin selepas

menggunakan SPR dalam menyelesaikan soalan matematik. Implikasi kajian ini

mencadangkan agar SPR digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik untuk

meningkatkan pencapaian murid.