Penilaian guru Bahasa Melayu terhadap instrumen inventori nilai murni

Kajian ini bertujuan untuk menilai instrumen inventori nilai murni berdasarkan persepsi

guru Bahasa Melayu. Teori perkembangan moral dan etika oleh Kohlberg telah

digunakan dalam kajian ini yang mengfokuskan kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hafizah Puteh@Shamsuddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8906
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai instrumen inventori nilai murni berdasarkan persepsi

guru Bahasa Melayu. Teori perkembangan moral dan etika oleh Kohlberg telah

digunakan dalam kajian ini yang mengfokuskan kepada elemen moral dan etika yang

mendasari nilai murni. Kaedah kajian menggunakan reka bentuk kajian kes. Populasi

guru Bahasa Melayu di sekolah menengah di daerah Sabak Bernam adalah seramai 195

orang dan sampel kajian seramai 50 orang guru Bahasa Melayu telah dipilih daripada

17 buah sekolah menengah di daerah Sabak Bernam secara rawak kluster. Instrumen

kajian terdiri daripada satu set inventori yang mengandungi 17 dimensi nilai murni yang

telah diadaptasi daripada Mohd Khairi bin Hj Othman. Kesahan konstruk inventori

tersebut telah disahkan oleh empat orang pakar bidang dan nilai kebolehpercayaan

instrumen berdasarkan pekali Alfa Cronbach adalah = 0.96. Inventori nilai murni ini

menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Data kajian telah dianalisis

menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu percaya bahawa 17 nilai

murni yang diuji dalam inventori tersebut adalah penting. Lima nilai murni telah

mendapat skor min tertinggi yang menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa

dimensi tersebut sangat penting iaitu berdikari (M = 4.00; SP = 0.00), keadilan (M =

4.00; SP = 0.00), kesyukuran (M = 4.00; SP = 0.00), rasional (M = 4.00; SP = 0.00),

dan patriotisma (M = 4.00; SP = 0.00). Namun dua skor min yang terendah iaitu dimensi

kasih sayang (M = 3.86; SP = 0.45) dan kebebasan (M = 3.86; SP = 0.60).

Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa instrumen inventori nilai

murni ini telah dipersetujui oleh guru Bahasa Melayu bahawa ia adalah penting dan

sesuai digunakan. Namun dimensi kasih sayang dan kebebasan perlu dimurnikan.

Implikasi kajian menunjukkan instrumen inventori nilai murni boleh digunakan oleh

guru di sekolah menengah dan juga boleh diaplikasi di sekolah rendah dan di institusi

pendidikan tinggi.