Keberkesanan kaedah peta minda dan kaedah mnemonik terhadap pencapaian serta minat murid dalam sains

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan di antara dua kaedah pengajaran,

iaitu kaedah peta minda dan mnemonik terhadap pencapaian dan minat murid tahun 5 dalam topik

Rantai Makanan. Kajian kuasi-eksperimenta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pingalan Gejandran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8925
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan di antara dua kaedah pengajaran,

iaitu kaedah peta minda dan mnemonik terhadap pencapaian dan minat murid tahun 5 dalam topik

Rantai Makanan. Kajian kuasi-eksperimental ini melibatkan sampel seramai 60 orang murid yang

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan mnemonik dan kumpulan peta minda. Setiap kumpulan

terdiri daripada 30 orang murid. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah ujian pra dan

pasca serta soal selidik. Data dianalisis menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian-t

berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

pencapaian murid yang menggunakan kaedah peta minda dan kaedah mnemonik dalam topik Rantai

Makanan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah peta

minda dan kaedah mnemonik terhadap minat murid dalam mata pelajaran sains. Kesimpulannya, daripada

kajian ini kaedah pengajaran yang digunakan iaitu mnemonik dan peta minda tidak memberikan

perbezaan dari segi pencapaian kepada murid tahun 5. Juga kaedah peta minda adalah bersesuaian

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains serta meningkatkan minat murid dalam mata

pelajaran sains. Justeru, kaedah peta minda boleh diamalkan oleh guru sains sekolah rendah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana itu, bahagian perkembangan kurikulum wajar menjadikan

kaedah peta minda sebagai cadangan aktiviti pembelajaran tahun 5.