Pembangunan dan pembinaan modul seni bahasa berasaskan pendekatan didik hibur di sekolah rendah

Kajian pembangunan modul seni bahasa berasaskan pendekatan didik hibur di sekolah

rendah ini bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi mewujudkan iklim pembelajaran ya...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Muhamad Fadhil Md Zain
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8926
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Kajian pembangunan modul seni bahasa berasaskan pendekatan didik hibur di sekolah

rendah ini bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang menyeronokkan muridmurid.

Metodologi kajian yang digunakan adalah menggabungkan kaedah kualitatif

deskriptif, penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR), Model Dick dan Carey

(1978) serta Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk mendapatkan kesepakatan pakar.

Maklumat dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian, soal selidik fuzzy dan analisis

dokumen. Peserta kajian terdiri daripada 30 orang murid dan 10 orang guru pakar dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang,

Kelantan. Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif deskriptif menunjukkan para

guru Bahasa Melayu masih kurang menggunakan pendekatan didik hibur terutama

dalam pengajaran seni bahasa semasa PdP kerana kurang berkemahiran dan masih

mengajar secara konvensional. Selain itu, dapatan pemerhatian juga mendapati muridmurid

tidak berminat dan kurang fokus ketika PdP BM dilaksanakan di dalam bilik

darjah. Kesimpulannya, masih terdapat guru Bahasa Melayu yang kurang pengetahuan

tentang pendekatan didik hibur dalam PdP kemahiran seni bahasa menyebabkan muridmurid

kurang berminat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Implikasi daripada

kajian ini ialah, pelaksanaan PdP Bahasa Melayu menggunakan modul seni bahasa

berasaskan pendekatan didik hibur memberi kesan positif kepada kepelbagaian kaedah

pengajaran guru serta dapat meningkatkan motivasi belajar murid dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu.