Pembinaan dan kebolehgunaan Permainan Papan Prosalt dalam pembelajaran tajuk Asid Bes dan Garam bagi pelajar tingkatan 4 di sekitar Nilai Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan membina dan menguji kebolehgunaan permainan papan

pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Asid, Bes dan Garam Kimia

Tingkatan 4. Permainan papan Prosalt telah dibina mengikut Kurikulu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Esther Rani Doraiseriyan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8937
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membina dan menguji kebolehgunaan permainan papan

pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Asid, Bes dan Garam Kimia

Tingkatan 4. Permainan papan Prosalt telah dibina mengikut Kurikulum Standard

Sekolah Menengah Kimia Tingkatan 4. Kajian ini merupakan satu kajian pembangunan

yang melibatkan metodologi memperoleh kesahan, kebolehpercayaan dan

kebolehgunaan permainan. Permainan papan telah dibangunkan menggunakan lima

fasa yang terdapat dalam model ADDIE. Permainan papan Prosalt yang dibina telah

disahkan oleh lima orang pakar. Dapatan kesahan menunjukkan permainan papan

Prosalt mempunyai kesahan yang baik dengan peratus persetujuannya adalah 83.0%.

Kebolehpercayaan terhadap permainan Prosalt ini telah diukur menerusi kajian rintis

terhadap sekumpulan pelajar Kimia tingkatan 4. Dapatan kajian rintis menunjukkan

kebolehpercayaan permainan papan Prosalt adalah baik dengan nilai Alpha Cronbach

sebanyak 0.96. Manakala, kebolehgunaan permainan papan Prosalt yang dibangunkan

telah ditentukan menggunakan 106 orang pelajar Kimia tingkatan 4 yang dipilih

daripada tiga buah sekolah. Sampel kajian ini dipilih menggunakan pensampelan rawak

berkelompok. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis

data telah dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati

lima konstruk yang mewakili kebolehgunaan permainan papan Prosalt iaitu minat

pelajar, kefahaman, mesra pengguna, prosedur penggunaan serta pemikiran kreatif dan

kritis juga pada tahap yang boleh diterima dengan nilai min dan peratus persetujuan

masing-masing 82.4% (min = 3.15), 80.3% (min = 3.19), 90.8% (min = 3.64), 90.5%

(min = 3.58) dan 75.8% (min = 3.17). Kesimpulannya, permainan papan yang

dibangunkan diterima baik oleh pelajar bagi pembelajaran tajuk Asid, Bes dan Garam

khususnya standard kandungan penyediaan garam. Implikasinya, permainan papan

Prosalt merupakan satu kaedah alternatif dalam pendidikan Kimia ketika mempelajari

tajuk Asid, Bes dan Garam.