Pembangunan dan pengujian heuristik permainan video mobil Awang Sains menggunakan kaedah Fuzzy Delphi

Kelemahan murid tahun 4 dalam menguasai kemahiran proses Sains di sekolah rendah

menjadi pendorong kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan

menguji permainan video mobil Awang Sains. Kajian ini me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Radhi Md Shukri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
N/A
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8994
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kelemahan murid tahun 4 dalam menguasai kemahiran proses Sains di sekolah rendah

menjadi pendorong kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan

menguji permainan video mobil Awang Sains. Kajian ini mempunyai tiga objektif.

Pertama, untuk membangunkan permainan video mobil 2 dimensi bagi pembelajaran

subjek Sains tahun 4. Kedua adalah untuk membangunkan instrumen pengujian

heuristik permainan video mobil. Ketiga, menguji heuristik permainan video mobil

Awang Sains untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar baharu bagi membantu

guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains

tahun 4. Kajian ini berasaskan kepada pendekatan kajian Reka Bentuk dan

Pembangunan (Design and Development Research / DDR) dan menggunakan model

ADDIE untuk fasa pembangunan. Berpandukan kepada pendekatan ini, ia terbahagi

kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan pembangunan daripada

sorotan literatur. Fasa kedua ialah kajian terhadap pembangunan instrumen pengujian

heuristik yang telah mendapat kesepakatan pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi

(FDM). Manakala fasa ketiga iaitu fasa pengujian heuristik permainan video mobil juga

menggunakan FDM. Dapatan analisis fasa pertama iaitu fasa pembangunan

menunjukkan permainan video mobil mempunyai ciri-ciri pembelajaran dan

kandungan tempatan. Kedua, dapatan daripada kesepakatan pakar telah menghasilkan

satu set instrumen heuristik baharu yang boleh diguna pakai untuk menguji

kebolehgunaan pembangunan permainan video mobil dalam pendidikan. Dapatan

ketiga, pengujian permainan video mobil ini menunjukkan permainan video mobil yang

dibina ini diterima oleh pakar dengan kesemua tujuh elemen heuristik diterima dengan

memenuhi syarat kesepakatan pakar yang ditetapkan dalam FDM. Implikasinya,

permainan video mobil 2 dimensi ini berupaya menjadi bahan bantu mengajar yang

sesuai untuk guru dan murid dalam pembelajaran Sains tahun 4 dan juga sebagai

panduan kepada pembangun bagi pembangunan permainan video pendidikan.

Seterusnya, permainan video mobil 2 dimensi ini mestilah diuji penggunaan dan

keberkesanannya terhadap murid tahun 4 dari segi pencapaian dan minat dalam subjek

Sains.