Analisis ujaran guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) berdasarkan metafungsi interpersonal

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis ujaran yang dimanfaatkan oleh guru

Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan

pendekatan Metafungsi Interpersonal dalam Teori Sistemik Fungsio...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8996 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis ujaran yang dimanfaatkan oleh guru

Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan

pendekatan Metafungsi Interpersonal dalam Teori Sistemik Fungsional Linguistik

(SFL) dan diubah suai berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2014) dan Nahu

Melayu Mutakhir Edisi Kelima (2019). Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif

dengan pendekatan kajian kes, iaitu meneroka secara empirikal fungsi ujaran tiga

orang guru Bahasa Melayu secara mendalam dengan menggunakan alat perakam

audio, protokol temu bual separa berstruktur dan nota lapangan. Pemilihan peserta

kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis

berdasarkan model Interaktif Miles, Huberman & Saldana (2014) dengan kaedah

analisis kandungan dan analisis tema. Kesahan dan kebolehpercayaan data ditentukan

menerusi semakan ahli dan triangulasi. Kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa

Melayu memanfaatkan empat jenis ayat dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan

(PdPc), iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan semasa

berinteraksi dengan murid di dalam kelas. Ayat yang paling dominan yang diujarkan

ialah ayat penyata. Pemanfaatan jenis-jenis ayat ini dipengaruhi oleh autoriti guru,

perhubungan yang erat serta konteks dan situasi. Kesimpulannya, pemanfaatan jenis

ayat yang bervariasi dapat meningkatkan mutu pengajaran guru supaya dapat menarik

minat murid, berinteraksi dengan murid dan seterusnya mewujudkan hubungan yang

baik dan akrab dengan murid. Implikasi kajian ini diharap memberi sumbangan dari

aspek pengetahuan, teori dan empirikal dalam bidang pendidikan, khususnya ujaran

guru Bahasa Melayu dan dapat dijadikan panduan kepada pengkaji seterusnya yang

ingin mengkaji ujaran guru dari sudut yang berbeza.

Kata Kunci: ujaran guru, jenis ayat, pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu,

Teori Sistemik Fungsional Linguistik (SFL), Metafungsi Interpersonal.