Pengaruh kos pematuhan di dalam memediasi hubungan di antara perilaku pengguna dengan kepuasan pengguna terhadap sistem e-Claim di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna sistem e-

Claim, mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang atau memotivasi perilaku

penggunaan sistem e-Claim dan mengkaji kesan penggunaan si...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sayed Muhd Arif Sayed Yahya
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9009
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna sistem e-

Claim, mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang atau memotivasi perilaku

penggunaan sistem e-Claim dan mengkaji kesan penggunaan sistem e-Claim terhadap

kos pematuhan di UPSI. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara kepuasan

pengguna, perilaku penggunaan dan kos pematuhan terhadap implikasi amalan UPSI.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set borang soal

selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi enam bahagian berdasarkan

model faktor penentu yang telah ditetapkan dan diedarkan kepada responden.

Populasi kajian adalah melibatkan kakitangan UPSI dalam Kumpulan A dan ke atas

kerana kumpulan ini menggunakan sistem e-Claim termasuk kakitangan akademik

dan bukan akademik. Bilangan sampel kajian ini ialah seramai 285 orang dengan

menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Hasil ujian bagi H1 mendapati nilai

pekali, R=0.834, =.785, R2=.697, p=.000 (p=<.05), H2 mendapati nilai pekali,

R=0.741, =.738, R2=.549, p=.000 (p=<.05) dan H3 mendapati nilai pekali, R=0.684,

=.646, R2=.468, p=.000 (p=<.05). Nilai pekali H1, H2 dan H3 menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan, positif dan berkait secara linear. H4 mendapati koefisien c

secara statistik signifikan dan terdapat hubungan yang signifikan juga, maka disebut

mediasi separa. Hasil kajian mendapati kesemua hipotesis alternatif iaitu H1, H2, H3

dan H4 diterima sepenuhnya. Penemuan kajian ini menyokong teori dan model yang

digunakan dan ini menguatkan lagi keberkesanan penggunaan teori dan model ini

khususnya dalam Sistem Perakaunan Berkomputer. Dari segi praktis, kajian ini dapat

membantu dalam penambahbaikan sistem kewangan di UPSI dan badan kerajaan

khususnya pematuhan terhadap Standard Accounting System for Government

Agencies. Dari segi methodologi pula, Macro PROCESS Hayes adalah teknik yang

baru serta mudah digunakan dan merupakan teknik yang berasaskan regresi yang

digunakan untuk menganalisis mediasi. Hasil kajian ini membantu pihak pengurusan

UPSI mempertingkatkan lagi kualiti serta memantapkan pentadbiran khususnya dalam

pengurusan kewangan. Penemuan kajian ini berupaya memberi panduan kepada

agensi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem

penyampaian kepada masyarakat khususnya dalam aspek pengurusan kewangan

awam.