Puteri Rimba: adaptasi legenda Mahsuri dalam pementasan teater kanak-kanak bagi menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar sekolah rendah sekitar Lembah Klang

Cerita rakyat dan cerita legenda merupakan sejarah sebenar masyarakat Melayu pada

zaman dahulu yang semakin dilupakan. Kajian ini bertujuan untuk mengadaptasikan

cerita Legenda Mahsuri dalam bentuk teater kanak-kana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azmizi Zakaria
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9014
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Cerita rakyat dan cerita legenda merupakan sejarah sebenar masyarakat Melayu pada

zaman dahulu yang semakin dilupakan. Kajian ini bertujuan untuk mengadaptasikan

cerita Legenda Mahsuri dalam bentuk teater kanak-kanak kepada murid sekolah

rendah bagi menerapkan nilai-nilai murni melalui pementasan teater kanak-kanak

bertajuk Puteri Rimba. Oleh itu kajian ini telah memfokuskan kepada tiga objektif

iaitu, pertama untuk memperkenalkan teater kanak-kanak sebagai medium untuk

menerapkan nilai-nilai murni. Kedua, membangunkan naskhah Puteri Rimba yang

diadaptasi menerusi Legenda Mahsuri dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam

karya yang dihasilkan. Seterusnya naskhah ini dipentaskan menerusi sebuah

persembahan yang dijalankan secara dalam talian. Kajian berbentuk kualitatif ini

mengangkat beberapa kaedah dalam mencapai objektifnya seperti sumber primer iaitu

melalui temubual dan tontonan serta rujukan sumber sekunder. Kajian ini melibatkan

10 orang murid sekolah rendah daripada 6 buah sekolah di sekitar Lembah Klang.

Lima nilai murni yang diterapkan dan domain Taksonomi Krathwolh digunakan bagi

melihat tahap pemahaman murid yang terlibat dalam persembahan tersebut. Struktur

Dramatik Freytags bersama enam elemen teater digunakan bagi membina naskhah

Puteri Rimba. Hasil kajian ini menunjukkan kanak-kanak yang terlibat memahami

nilai-nilai murni yang telah diterapkan iaitu baik hati, berdikari, berhemah tinggi,

hormat menghormati dan kasih sayang. Ia juga membuktikan bahawa karya adaptasi

ini mampu untuk mendidik para pelajar dalam memahami sesebuah kisah legenda

dalam konsep yang berbeza dan lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak.