Kesan penggunaan kit Kemahiran Insaniah Bahasa Melayu (kit KIBM) ke atas penguasaan Bahasa Melayu dan perkembangan kemahiran insaniah murid

Kemahiran insaniah adalah kemahiran kritikal yang perlu diperkembangkan secara bersepadu

merentas kurikulum di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kesan penggunaan kit

Kemahiran Insaniah Bahasa Melayu (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Samsiyah M. Horsi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9044
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Kemahiran insaniah adalah kemahiran kritikal yang perlu diperkembangkan secara bersepadu

merentas kurikulum di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kesan penggunaan kit

Kemahiran Insaniah Bahasa Melayu (Kit KIBM) ke atas penguasaan Bahasa Melayu dan perkembangan

kemahiran insaniah murid. Kajian dilaksanakan mengguna kaedah tinjauan. Kit KIBM dibangunkan

menggunakan model Borg dan Gall. Seramai 75 orang murid tingkatan empat daripada tiga buah sekolah

menengah di daerah Manjung, Perak telah dipilih sebagai peserta kajian. Tiga orang guru Bahasa

Melayu juga terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kit KIBM dan telah diberi latihan

bagi mengaplikasikan kit tersebut. Kit KIBM telah dilaksanakan selama enam minggu. Instrumen kajian

terdiri daripada dokumen rekod pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, protokol

temubual, dan borang semak pemerhatian. Dokumen rekod pencapaian murid dianalisis menggunakan skor

min markah pencapaian dan sisihan piawai manakala data pemerhatian perkembangan kemahiran insaniah

murid diukur menggunakan skor min. Data temu bual dianalisis menggunakan perisian Nvivo untuk

melihat tema-tema yang muncul. Dapatan kajian mendapati penguasaan Bahasa Melayu murid menggunakan

Kit KIBM menunjukkan pencapaian yang positif. Penguasaan murid bagi aspek tatabahasa (min=77%,

SP=3.87), karangan (min=75%, SP=3.68), dan pindah maklumat (min=83%, SP=3.72) berada pada tahap

yang baik. Bagi kemahiran insaniah pula didapati lima elemen kemahiran insaniah iaitu kemahiran

komunikasi (min=3.87), keusahawanan (min=3.84), kerja berpasukan (min=3.81), etika dan moral

(min=3.76) dan pembelajaran berterusan (min=3.69) menunjukkan murid menguasai kemahiran tersebut.

Tema yang muncul daripada temu bual juga menunjukkan murid berasa seronok mengikuti pembelajaran

melalui Kit KIBM. Kesimpulannya, penggunaan Kit KIBM adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan

Bahasa Melayu serta kemahiran insaniah dalam kalangan murid. Implikasinya, Kit KIBM boleh digunakan

oleh guru mata pelajaran Bahasa Malayu untuk menambah baik pengajaran Bahasa Melayu dan pada masa

yang sama dapat menerapkan secara bersepadu kemahiran insaniah

dalam kalangan murid.