Kesan pendidikan akhlak dan nilai terhadap pembentukan keperibadian murid di sekolah

Islam adalah agama yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan, adab dan

nilai-nilai mulia seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam menekankan

pendidikan sebagai satu medium pengajaran, pembelajara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norliza Hamzah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9057
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Islam adalah agama yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan, adab dan

nilai-nilai mulia seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam menekankan

pendidikan sebagai satu medium pengajaran, pembelajaran yang dapat memupuk unsur kerohanian

dalam jiwa seseorang supaya menjadi insan yang berperibadi mulia dan bertamadun. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap penghayatan dan kesan pendidikan Nilai dan

akhlak terhadap keperibadian murid di sekolah sekolah menengah di Daerah Temerloh. Bagi mendapatkan

maklumat, satu kajian tinjauan telah dijalankan di empat buah sekolah menengah Daerah Temerloh,

Pahang. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar sekolah-sekolah

tersebut. Sampel kajian ialah sebanyak 213 orang pelajar tingkatan empat yang telah memberi maklum

balas kepada soal selidik yang diedarkan. Seterusnya data yang diperoleh dianalisis secara

deskriptif dan inferensi menggunakan perisian komputer Statistic Package for Social Science (SPSS)

versi 2.0. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap penghayatan pembelajaran Nilai dan

akhlak dalam kalangan murid berada tahap tinggi ( min 4.64, s.p= 0.39). Disamping itu, dapatan

kajian menunjukkan kesan pembelajaran pendidikan akhlak dan nilai mempunyai hubungan yang

signifikan yang tinggi dengan keperibadian murid di sekolah, iaitu nilai pekali kolerasi r (.923)

= p<0.5 dan r (.715) . Implikasi kajian merumuskan kesan pembelajaran pendidikan akhlak dan

nilai mampu meningkatkan keupayaan dan kesedaran murid untuk berkeperibadian mulia di hadapan

masyarakat.