Persepsi terhadap keberkesanan pembelajaran aktif dalam pengajian dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah pembelajaran aktif dalam meningkatkan

pencapaian akademik, minat, motivasi dan interaksi sosial pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi Asas

Tingkatan Empat berban...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2011

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9062 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah pembelajaran aktif dalam meningkatkan

pencapaian akademik, minat, motivasi dan interaksi sosial pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi Asas

Tingkatan Empat berbanding dengan kaedah tradisional chalk-and-talk. Instrumen kajian yang

digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pencapaian, rancangan mengajar harian dan soal selidik. Kajian

ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Responden kajian terdiri daripada

64 orang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah Daerah Kinta Selatan, Perak. Seramai 34

orang pelajar dari sebuah kelas dijadikan kumpulan rawatan yang mengikuti aktiviti-aktiviti

pembelajaran aktif, sementara 30 orang pelajar dari satu kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang

mengikuti kaedah tradisional chalk-and-talk. Data dianalisis dengan menggunakan teknik Analisis

Kovarians (ANCOVA) dan Ujian-T Sampel Berpasangan. Hasil ANCOVA menunjukkan terdapat kesan

kaedah pembelajaran aktif yang signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar berbanding dengan

kaedah pengajaran tradisional chalk -and-talkbagi mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat.

Manakala hasil analisis Ujian-T Sampel Berpasangan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan minat

dan motivasi para pelajar yang signifikan selepas mereka mengikuti aktiviti- aktiviti pembelajaran

aktif dalam kelas Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Namun begitu, tiada peningkatan interaksi sosial di

kalangan pelajar yang signifikan selepas mereka mengikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif.

Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pihak guru, pentadbir sekolah dan KPM wajar

menggalakkan dan memperluaskan pengaplikasian kaedah pembelajaran aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat untuk

meningkatkan lagi pencapaian akademik, minat dan motivasi pelajar terbabit.