Faktor-faktor dan persediaan amalan kelestarian pendidikan fesyen dalam kalangan pelajar seni reka fesyen Kolej Vokasional Malaysia

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap dan mengkaji pengaruh

pengetahuan, sikap, tingkah laku, norma subjektif dan kesedaran terhadap amalan

kelestarian pendidikan fesyen bagi menangani isu amalan kel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sarimah Abu Bedor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9154
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap dan mengkaji pengaruh

pengetahuan, sikap, tingkah laku, norma subjektif dan kesedaran terhadap amalan

kelestarian pendidikan fesyen bagi menangani isu amalan kelestarian dalam kalangan

pelajar seni reka fesyen kolej vokasional Malaysia. Teori Norma pengaktifan (NAT),

model Penggunaan tekstil dan pakaian persekitaran lestari (ESTA), model Tingkah

laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar (PEB) dan model Sistem perubahan

tingkah laku (KAP) menjadi sandaran kajian ini. Reka bentuk tinjauan keratan rentas

kuantitatif dipilih untuk menjawab empat persoalan dan lima hipotesis dengan

menggunakan teknik persampelan rawak strata dan rawak bertujuan terhadap 330

daripada 1141 populasi pelajar seni reka fesyen. IBM SPSS dan Model Persamaaan

Berstruktur (SEM) digunakan bagi mengenal pasti tahap dan mengkaji pengaruh

antara lima pemboleh ubah bersandar terhadap amalan kelestarian pendidikan fesyen

dengan menggunakan instrumen soal selidik. Penemuan menunjukkan tahap tinggi

dalam konstruk pengetahuan (M=3.77, SD=0.71), sikap (M=3.93, SD=0.67), tingkah

laku (M=3.85, SD=0.73), norma subjektif (M=3.85, SD=0.83), kesedaran (M=4.00,

SD=0.78) dan amalan kelestarian pendidikan fesyen (M=3.88, SD=0.66). Terdapat

hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan (=-0.22, t=-4.046, p=0.001),

sikap (=0.18, t=2.704, p=0.001), tingkah laku (=0.47, t=5.395, p=0.007), norma

subjektif (=0.18, t=2.858, p=0.004) dan kesedaran (=0.34, t=4.854, p=0.001)

terhadap amalan kelestarian pendidikan fesyen. Kesemua konstruk menyumbang

sebanyak 87% terhadap amalan kelestarian pendidikan fesyen. Kesimpulannya,

pengetahuan, sikap, tingkah laku, norma subjektif dan kesedaran memberi pengaruh

yang kuat dan dapat meramal amalan kelestarian pendidikan fesyen dalam kalangan

pelajar seni reka fesyen di kolej vokasional. Implikasinya, kajian ini menyumbang

kepada Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV) sebagai

panduan penerapan elemen kelestarian dalam kandungan kurikulum seni reka fesyen

dan sebagai sumber rujukan baharu dalam badan ilmu pendidikan fesyen kolej

vokasional. Disarankan, penyelidikan masa hadapan menggunakan kaedah tinjauan

eksperimen agar kesan dan akibat sebenar dapat dilihat terhadap faktor-faktor

peramal amalan kelestarian pendidikan fesyen dalam kalangan pelajar.