Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat pembelian pelajar UTP dan UITM Seri Iskandar terhadap produk penjagaan diri yang halal

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

gelagat pembelian dalam kalangan pelajar UTP dan UiTM Seri Iskandar terhadap

produk penjagaan diri yang halal. Terdapat empat fakto...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9155 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

gelagat pembelian dalam kalangan pelajar UTP dan UiTM Seri Iskandar terhadap

produk penjagaan diri yang halal. Terdapat empat faktor yang dinilai didalam kajian ini

iaitu sikap, norma subjektif, kawalan terhadap kelakuan dan agama. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif di mana \borang soal selidik diedarkan kepada

responden yang terdiri daripada pelajar UTP dan UiTM Seri Iskandar. Kajian yang

dijalankan melibatkan 400 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan

dalam kajian ini adalah persampelan rawak mudah. Dapatan yang dikumpulkan

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

Versi 25.0. Analisis yang dijalankan termasuklah analisis deskriptif, korelasi Pearson

dan regrasi berganda. Berdasarkan dapatan kajian, ianya jelas menunjukkan bahawa

sikap (=0.156, p<0.05), norma subjektif (=- 0.156, p<0.05), kawalan (=-0.191,

p<0.05) dan agama (=0.263, p<0.05) mempunyai hubungan dengan gelagat pembelian

yang ditonjolkan oleh responden. Dapatan kajian menerusi analisis regrasi berganda

menunjukkan agama merupakan faktor yang paling berpengaruh terhadap gelagat

pembelian. Oleh itu, kajian yang dijalankan dapat dikaitkan dengan unjuran Islam untuk

menggunakan produk yang berasaskan sumber halal. Dengan adanya kajian ini, ianya

memberi gambaran yang jelas tentang kepentingan produk halal terutamanya bagi

pengguna Muslim.