Pembangunan model kesediaan mendaki gunung di Malaysia (MoKeMM) berasaskan tingkah laku kesediaan keselamatan

Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan Model Kesediaan Mendaki Gunung

di Malaysia (MoKeMM) berasaskan tingkah laku kesediaan keselamatan. Penyelidikan

ini telah mengunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Jazwiri Johannis
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9156
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan Model Kesediaan Mendaki Gunung

di Malaysia (MoKeMM) berasaskan tingkah laku kesediaan keselamatan. Penyelidikan

ini telah mengunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP)

modifikasi. Melalui pendekatan ini, tiga fasa utama iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa

Reka Bentuk dan Pembangunan dan Fasa Penilaian Kebolehgunaan telah dilaksanakan.

Bagi Fasa Analisis Keperluan, kaedah tinjauan terhadap (n=380) pendaki dan temubual

berstruktur terhadap (n=3) pakar telah ditadbirkan. Pada Fasa Reka Bentuk dan

Pembangunan pula, elemen telah dibentuk bermula dengan kajian literatur dan

kemudian elemen dibincangkan bersama (n=9) panel pakar menerusi kaedah Nominal

Group Technique (NGT) modifikasi. Seterusnya elemen-elemen ini dibangunkan untuk

menjadi sebuah model prototaip menerusi kaedah pembengkelan Interpretive

Structural Modelling (ISM) secara dalam talian. Manakala pada Fasa Penilaian

Kebolehgunaan, Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) telah dilaksanakan dengan melibatkan

(n=38) pakar pelaksana bagi menilai kebolehgunaan model prototaip yang telah

dibangunkan. Hasil dapatan kajian pada Fasa Analisis Keperluan mendapati 57.9%

pendaki adalah kurang bersedia untuk mengikuti trip pendakian. Di samping itu,

keseluruhan pendaki menunjukkan kesepakatan bahawa sebuah model kesediaan

mendaki perlu dibangunkan berdasarkan nilai Interquartile-Range (IQR=0.1). Dapatan

ini diperkukuhkan dengan respon (n=3) pakar yang menyatakan terdapat senario

ketidaksediaan mendaki dalam kalangan pendaki tempatan dan sebuah model

kesediaan mendaki yang boleh dijadikan sebagai garis panduan tempatan perlu

dibangunkan secara saintifik. Bagi Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan pula, terdapat

38 elemen yang telah disenaraikan pada peringkat awalan di sub-fasa reka bentuk.

Seterusnya, 37 elemen kesediaan mendaki telah dikenalpasti dan dibangunkan pada

sub-fasa pembangunan. Akhirnya, terdapat empat dimensi yang telah dikelaskan

sebagai fasa model prototaip. Manakala pada Fasa Penilaian Kebolehgunaan,

konsensus pakar pelaksana terhadap kesesuaian kebolehgunaan model secara

keseluruhan telah dicapai dengan nilai ambang (d), peratus konsensus pakar dan nilai

skor fuzzy (A) yang diterima (d=0.141, 81.6%, A=0.889). Secara kesimpulannya, kajian

ini mengusulkan MoKeMM yang telah dibangunkan secara saintifik berdasarkan

kepada perbincangan dan konsensus pakar bagi meningkatkan tahap kesediaan,

kecekapan serta kebijaksanaan pendaki sebelum melaksanakan aktiviti pendakian

gunung di Malaysia. Implikasinya, bidang rekreasi berasaskan cabaran negara dapat

dimajukan dengan cadangan kajian-kajian lanjutan seperti pembangunan modul,

pembinaan manual dan prosedur operasi standard serta aplikasi mudah alih yang

spesifik untuk kegunaan pendaki berpandukan MoKeMM.