Pengaruh amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) dengan amalan profesionalisme guru (PG) di sekolah rendah di Semenanjung Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh amalan komuniti pembelajaran

profesional dengan amalan profesionalisme guru di sekolah rendah di Semenanjung

Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Aizat Abu Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9157
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh amalan komuniti pembelajaran

profesional dengan amalan profesionalisme guru di sekolah rendah di Semenanjung

Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengkaji pengaruh

pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Populasi kajian ini

melibatkan guru-guru sekolah rendah di Semenanjung Malaysia. Seramai 410 orang

guru dipilih menjadi responden melalui persampelan rawak kluster. Dua jenis

instrumen digunakan iaitu instrumen Komuniti Pembelajaran Profesional dan

instrumen Profesionalisme Guru. Instrumen kajian ini diambil daripada kajian lepas

dan telah disahkan oleh 11 orang pakar. Data dianalisis melalui statistik deskriptif dan

inferens. Dapatan menunjukkan amalan komuniti pembelajaran profesional berada

pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 3.35 dan profesionalisme guru

juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 3.45. Ujian-t

dan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan

komuniti pembelajaran profesional berdasarkan faktor demografi jantina (t=0.659),

umur (F=1.465), tahap pendidikan (F=0.194) dan pengalaman (F=1.592). Amalan

profesionalisme guru juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan faktor demografi jantina (t=0.953) tetapi terdapat perbezaan yang

signifikan untuk umur (F=3.322), tahap pendidikan (F=6.533) dan pengalaman

(F=2.989). Analisis pekali regresi berganda menunjukkan terdapat dimensi-dimensi

komuniti pembelajaran profesional yang mempengaruhi amalan profesionalisme guru

di sekolah iaitu dimensi pembelajaran kolektif dan aplikasi pembelajaran, dimensi

perkongsian amalan personal dan dimensi keadaan yang menyokong iaitu sebanyak

36.1%. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghuraikan pengaruh komuniti

pembelajaran profesional dengan profesionalisme guru di sekolah rendah di

Semenanjung Malaysia. Implikasi kajian ini memberikan indikator yang jelas kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi yang bernaung di bawahnya terutamanya

sekolah rendah mengenai kepentingan komuniti pembelajaran profesional terhadap

profesionalisme guru.