Unsur magis sebagai proses katarsis melaui gaya bahasa pengarang dalam hikayat pilihan berdasarkan model GTRFK

Magis merupakan dogma utama yang mendasari hikayat-hikayat Melayu zaman

transisi (Hindu-Islam). Magis ialah gambaran terhadap perkara-perkara luar biasa yang

berada di luar kotak pemikiran manusia. Hal ini diterima...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Afidatul Syazwani Afandi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9167
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Magis merupakan dogma utama yang mendasari hikayat-hikayat Melayu zaman

transisi (Hindu-Islam). Magis ialah gambaran terhadap perkara-perkara luar biasa yang

berada di luar kotak pemikiran manusia. Hal ini diterima dalam konteks kebudayaan

Melayu tradisi terutama dalam cerita-cerita hikayat Melayu. Walaupun diterima dalam

konteks tradisi, unsur magis lebih dianggap suatu perkara yang tidak nyata tanpa

mengambil kira fungsi magis dalam memberikan kesan katarsis kepada khalayak.

Kajian ini meneliti unsur magis melalui gaya bahasa pengarang berupaya meransang

emosi-emosi tertentu dan memberikan kesan katarsis kepada khalayak. Kajian ini

mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenalpasti unsur magis melalui gaya bahasa

pengarang dalam hikayat Melayu pilihan, menganalisis unsur magis berdasarkan gaya

bahasa pengarang melalui model GTRFK dan merumuskan kepentingan magis kepada

bidang kajian kesusasteraan Melayu tradisional. Kajian ini memusatkan penelitian

kepada dua kaedah, iaitu kaedah analisis tekstual dan analisis teoritikal. Kaedah analisis

tekstual melibatkan kajian berasaskan teks pilihan kajian, iaitu Hikayat Gul Bakawali

(HGB), Hikayat Marakarmah (HM) dan Hikayat Indera Nata (HIN). Kaedah analisis

teoritikal pula mengaplikasikan satu cadangan teori gabungan, iaitu model GTRFK

yang menekankan gaya bahasa pengarang terhadap empat emosi utama yang dominan

dalam teks kajian. Emosi yang terlibat, iaitu emosi kasih (EK), emosi sedih (ES), emosi

hairan (EH) dan emosi wira (EW). Hasil kajian mendapati bagi menjawab objektif

pertama kajian ini terdapat 53 unsur magis yang terdapat pada teks kajian. Seterusnya,

107 unsur magis dikesan melalui penggunaan cadangan model GTRFK yang

mengaitkan gaya bahasa pengarang dalam memberikan kesan kelegaan jiwa.

Kepentingan unsur magis juga dilihat berdasarkan perspektif psikoterapi masyarakat

Melayu yang tinggi nilai imaginatif dan magis sebagai simbol identiti budaya Melayu

tradisi. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa gaya bahasa mempunyai

peranan penting sebagai pelerai kepada emosi serta memberikan kesan katarsis.

Sebagai rumusan, gaya bahasa pengarang dalam mengungkapkan unsur magis dalam

hikayat Melayu berupaya menimbulkan kesan katarsis kepada khalayak.