Tingkah laku pro alam sekitar dalam kalangan pengunjung kawasan rekreasi air di daerah Hulu Selangor, Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ujian faktor, tahap indeks kepentingan relatif

dan sumbangan antara pemboleh ubah pengetahuan, nilai, kemahiran terhadap tingkah

laku pro alam sekitar dalam kalangan pengunjun...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9169 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ujian faktor, tahap indeks kepentingan relatif

dan sumbangan antara pemboleh ubah pengetahuan, nilai, kemahiran terhadap tingkah

laku pro alam sekitar dalam kalangan pengunjung kawasan rekreasi air di daerah Hulu

Selangor, Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui soal

selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 360 orang

pengunjung kawasan rekreasi air dengan menggunakan teknik pensampelan rawak

berstrata untuk memilih kawasan rekreasi air dan pensampelan rawak mudah bagi

pemilihan responden. Analisis Faktor Eksploratori (EFA), Analisis Indeks Kepentingan

Relatif (RII), dan Analisis inferensi (Regrasi) digunakan untuk menjawab setiap

persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan analisis indeks kepentingan relatif bagi

pengetahuan (0.8871), nilai (0.8816) berada pada tahap kepentingan tinggi manakala

kemahiran (0.7569) dan tingkah laku alam sekitar (0.7373) berada pada tahap

kepentingan tinggi-sederhana. Analisis regresi pula menunjukkan nilai dan kemahiran

menyumbang kepada tingkah laku pro alam sekitar pengunjung sebanyak 67.4 peratus

dengan nilai R2=.674, F=244.89, p<0.05. Kesimpulannya, pengunjung mempunyai

tahap pengetahuan, nilai dan kemahiran alam sekitar yang baik terhadap tingkah laku

pro alam sekitar, namun masih kurang penerapannya dalam kehidupan seharian. Ini

menjelaskan bahawa kesedaran untuk bertingkah laku pro alam sekitar dalam kalangan

pengunjung dan masyarakat masih perlu dipergiat menerusi program-program dan

pendidikan secara formal mahupun tidak formal agar tingkah laku yang positif terhadap

alam sekitar dapat diamalkan dalam kehidupan seharian pengunjung. Implikasi kajian

ini boleh digunakan oleh pihak yang terlibat dalam menguruskan kawasan rekreasi

seperti Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha merangka strategi yang dapat membantu

meningkatkan tingkah laku pro alam sekitar bagi pengunjung kawasan rekreasi air.