Keberkesanan sistem pengurusan pembelajaran ExeLearn di dalam pembelajaran Geografi

Persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran

masih baru diperkatakan di negara ini. Walaupun telah ada usaha untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ghazali Abdul Hamid
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9174
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran

masih baru diperkatakan di negara ini. Walaupun telah ada usaha untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah tersebut, tetapi masih belum ada sistem pengurusan

pembelajaran yang benar-benar mantap untuk dilaksanakan di sekolah di negara ini. Sistem

ExeLearn merupakan sistem pengurusan pembelajaran berasaskan web yang dibangunkan dan direka bentuk

oleh pengkaji agar menepati aspek isi kandungan pelajaran dan aspek pedagogi di samping memupuk

pembelajaran secara konstruktivisme. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan

ujian pra dan ujian pasca. Kajian dijalankan terhadap dua kumpulan murid tingkatan dua di dalam

mata pelajaran Geografi, iaitu satu kumpulan belajar dengan menggunakan sistem ExeLearn, manakala

satu kumpulan lagi belajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Kajian bertujuan menilai

keberkesanan penggunaan sistem ExeLearn di dalam pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran diukur dari sudut pencapaian akademik dan sikap murid. Selain itu,

penerimaan murid terhadap reka bentuk multimedia dan reka bentuk instruksional sistem ExeLearn juga

dinilai. Keputusan ujian ANCOVA menunjukkan bahawa penggunaan sistem pengurusan pembelajaran

ExeLearn telah menunjukkan peningkatan pencapaian akademik murid yang signifikan berbanding

dengan pencapaian akademik murid yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

tradisional. Keputusan juga menunjukkan bahawa murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan sistem ExeLearn menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan sistem

berkenaan. Mereka juga menunjukkan maklum balas penilaian yang baik terhadap reka bentuk multimedia

dan reka bentuk instruksional sistem ExeLearn ini. Berdasarkan kepada kajian ini, pengkaji

mencadangkan agar dibuat kajian lanjutan yang dikhususkan bagi mengukur atau menilai strategi

pembelajaran yang disarankan di dalam kajian ini iaitu pembelajaran

terarah kendiri, pembelajaran akses kendiri, dan pembelajaran kadar kendiri.