Pembangunan dan pengesahan instrumen Literasi Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL)

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen Literasi

Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL) dengan menentukan ciri-ciri psikometrik

instrumen menggunakan Model Pengukuran Rasch. Proses pembangunan in...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9186 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen Literasi

Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL) dengan menentukan ciri-ciri psikometrik

instrumen menggunakan Model Pengukuran Rasch. Proses pembangunan instrumen

ini mengandungi tiga fasa iaitu fasa pembinaan, fasa pengujian dan pemurnian, serta

fasa pengesahan. Fasa pembinaan melibatkan konseptualisasi, penjanaan item dan

pemeriksaan kesahan kandungan instrumen. Proses konseptualisasi dan penjanaan

item dilakukan menggunakan pendekatan deduktif. Pemeriksaan kesahan kandungan

pula dilakukan melalui penilaian oleh 21 panel pakar dan dianalisis menggunakan

nisbah kesahan kandungan (CVR) Lawshe. Fasa pengujian dan pemurnian melibatkan

kajian rintis dan pemurnian item. Kajian rintis dilaksanakan di lima buah kolej

vokasional melibatkan 229 guru vokasional yang dipilih menggunakan teknik

pensampelan rawak kelompok berperingkat. Item-item kemudiannya dimurnikan

berdasarkan kepada hasil dapatan analisis Rasch. Fasa pengesahan melibatkan proses

pengesahan instrumen melalui kajian lapangan dengan sampel yang lebih besar. Ia

dilaksanakan di 11 buah kolej vokasional melibatkan 536 guru vokasional yang

dipilih secara rawak menggunakan dua peringkat pensampelan. Pada peringkat

pertama, negeri dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak strata berkadaran.

Pada peringkat kedua, kolej vokasional dipilih melalui teknik pensampelan rawak

berkelompok. Seterusnya, semua guru vokaional dalam kolej vokasional yang terpilih

dilibatkan sebagai sampel. Dapatan analisis Rasch menunjukkan instrumen VoTAL

mempunyai nilai kebolehpercayaan individu (0.96) dan item (0.99) yang cemerlang,

bukti kesepadanan item dan nilai korelasi PTMEA yang baik (0.25 0.71), serta

memenuhi ciri unidimensi dan skala penilaian yang efektif. Norma instrumen

kemudian ditentukan dengan menggunakan pangkatan persentil dan stanine. Jumlah

item akhir instrumen ialah sebanyak 69 item. Kesimpulannya, kajian ini berjaya

membangunkan instrumen VoTAL yang sah dan dipercayai dengan ciri-ciri

psikometrik yang baik. Implikasinya, pembangunan instrumen VoTAL ini telah

menambah koleksi instrumen literasi pentaksiran sedia ada dan sesuai digunakan

untuk mengukur literasi pentaksiran guru-guru vokasional.