Analisis kontrastif frasa adjektif bahasa Arab dan bahasa Melayu dalam cerpen

Pengaruh bahasa Arab telah meresap ke dalam bahasa Melayu. Kemasukan

perbendaharaan kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu menyebabkan wujud kosa

kata pinjaman bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab. Selai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahrul Anuwar Mohd Ghazali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9209
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Pengaruh bahasa Arab telah meresap ke dalam bahasa Melayu. Kemasukan

perbendaharaan kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu menyebabkan wujud kosa

kata pinjaman bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab. Selain itu, pengaruh

bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda memberi kesan kepada pelajar dalam menguasai

bahasa Arab. Pengetahuan dan pengalaman bahasa pertama sering digunakan oleh

pelajar semasa mempelajari bahasa asing. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada

pelajar dalam memahami dan menguasai struktur frasa bahasa Arab. Ini kerana, struktur

frasa adjektif berbeza antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu. Oleh demikian, kajian

ini bertujuan untuk menentukan jenis frasa adjektif dalam bahasa Arab dan bahasa

Melayu serta mengkaji aspek persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa

berdasarkan cerpen karya Mustafa Lutfi al-Manfaluti dan Shahnon Ahmad. Metodologi

kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen

menggunakan kajian perpustakaan. Kajian ini juga menggunakan pendekatan analisis

kontrastif yang dipelopori oleh Robert Lado (1957) dalam bukunya Lingustic Across

Culturse. Analisis ini dilakukan secara sistematik dengan membandingkan kedua-dua

bahasa tersebut bagi menentukan persamaan dan perbezaan dari sudut frasa adjektif

dalam cerpen terpilih. Dapatan kajian menunjukkan wujud persamaan dan perbezaan

frasa adjektif dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu yang merangkumi elemen frasa

adjektif tunggal, frasa kerja sebagai frasa adjektif, frasa nama sebagai frasa adjektif dan

kata sendi sebagai frasa adjektif.