Kesan penggunaan aplikasi Kahoot sebagai alat penilaian formatif dalam pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan Kahoot! sebagai alat penilaian

formatif terhadap penglibatan, motivasi dan pencapaian pelajar. Pendekatan kuantitatif

dengan reka bentuk kuasi eksperimen tel...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ruhana Jakian@Jamludin
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9257
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan Kahoot! sebagai alat penilaian

formatif terhadap penglibatan, motivasi dan pencapaian pelajar. Pendekatan kuantitatif

dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan 60

responden tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Keringau, Sabah yang mengambil

mata pelajaran Bahasa Melayu adalah menggunakan teknik kumpulan kawalan setara ujian

pra/ujian pasca (non-equivalent control group pretest/posttest).Dua jenis instrumen kajian

yang digunakan iaitu borang soal selidik dan ujian pra dan pasca. Data dianalisis

menggunakan statistik inferensi yang melibatkan ujian-t bebas untuk melihat perbezaan

pencapaian pelajar mengikut kaedah pelaksanaan kuiz yang dijalankan. Manakala analisis

deskriptif berdasarkan taburan frekuensi iaitu menunjukkan peratus dan kekerapan untuk

menjelaskan tahap penglibatan dan motivasi pelajar. Ujian terhadap skor ujian pasca

menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen (M=5.20,

SP=1.75) dan kumpulan kawalan (M=3.53, SP= 1.07); t(58)=-4.41, p<.001(p<.05). Hasil

dapatan menunjukkan penglibatan (M=3.53, SP=0.53) dan motivasi (M=3.48, SP=0.65)

pelajar kumpulan rawatan juga berada pada tahap tinggi apabila menggunakan Kahoot!

sebagai alat penilaian formatif. Kesimpulannya, penggunaan Kahoot! sebagai alat

penilaian telah meningkatkan motivasi, penglibatan dan memberi kesan kepada pencapaian

pelajar dalam bilik darjah. Implikasi daripada kajian ini, penggunaan aplikasi Kahoot!

sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian, motivasi

dan penglibatan bagi mata pelajaran yang berbentuk bahasa.