Persepsi atlet murid terhadap tingkah laku kepimpinan jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia Zon Timur

Kajian ini bertujuan mengenal pasti Persepsi Atlet Murid Terhadap Tingkah

Laku Kepimpinan Jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia Zon Timur. Instrumen kajian

yang digunakan ialah Leadership Scale for Sport (LSS) versi k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asro Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9273
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti Persepsi Atlet Murid Terhadap Tingkah

Laku Kepimpinan Jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia Zon Timur. Instrumen kajian

yang digunakan ialah Leadership Scale for Sport (LSS) versi kegemaran dan persepsi

atlet. Subjek kajian adalah populasi atlet di kedua-dua buah Sekolah Sukan Malaysia

pada tahun 2007 (n=246; SSMP=166, SSMT=80). Dapatan kajian yang diperolehi di

analisis menggunakan Statistik Inferensi. Analisis data kajian yang terlibat ialah Ujiant

Tidak Bersandar bagi persoalan kajian satu, Ujian-t Tidak Bersandar dan ANOVA

sehala bagi persoalan kajian yang dua. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor demografi Sekolah Sukan Malaysia

Zon Timur, jantina, umur dan jenis sukan yang diceburi dan pencapaian. Hasil dapatan

kajian menunjukkan atlet murid di Sekolah Sukan Malaysia Zon Timur menggemari

gaya kepimpinan Latihan dan Arahan, Maklum Balas Positif Demokratik dan

Sokongan Sosial. Jurulatih juga didapati mengamalkan gaya kepimpinan sedemikian.

Gaya kepimpinan jurulatih yang kurang digemari dan kurang diamalkan ialah

Autokratik. Analisis ujian-t dan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan kecuali di dalam dimensi demokrati yang diamalkan berdasarkan Sekolah

Sukan Malaysia Zon Timur, jantina, umur dan jenis sukan yang diceburi dan

pencapaian. Kesimpulannya, bagi meningkatkan pencapaian atlet remaja dalam

sukan, pihak yang terbabit dengan perancangan dan pelaksanaan program latihan

perlu mengetahui perkara yang mempengaruhi pencapaian atlet murid atlet.

Berdasarkan dapatan kajian, beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan

dikemukakan untuk menambah pengetahuan kepada pentadbir sukan remaja.