Hubungan antara kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor dan prestasi merejam dalam permainan sepak tawraw

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komponen kecergasan

berasaskan motor dan prestasi merejam dalam permainan sepak takraw. Selain itu,

hubungan antara ciri antropometrik dengan prestasi merejam turu...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9281 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komponen kecergasan

berasaskan motor dan prestasi merejam dalam permainan sepak takraw. Selain itu,

hubungan antara ciri antropometrik dengan prestasi merejam turut dikaji. Ini ialah

kajian bukan eksperimental dengan menggunakan kaedah korelasi. Sebanyak 30

sampel terdiri daripada atlet-atlet Sekolah Sukan Malaysia Terengganu telah menjalani

enam bateri ujian iaitu ujian ketangkasan 30 kaki, ujian kelajuan 30 m, ujian koordinasi,

ujian tindak balas Nelson, ujian imbangan kayu bass melintang dan ujian kuasa lompat

menegak. Selain itu, sampel turut menjawab instrumen Mental Toughness

Questionnaire (MTQ) sebelum sesi merejam. Dapatan kajian melaporkan terdapat

hubungan korelasi yang signifikan antara komponen kecergasan berasaskan motor dan

prestasi merejam dengan kelajuan (r = -.480), kepantasan (r = -.608), kuasa (r = .761),

imbangan (r= -.574) dan masa reaksi Nelson (r= -.648). Walaubagaimanapun,

dilaporkan bahawa koordinasi (r = -.275) tidak mempunyai hubungan korelasi yang

signifikan dengan prestasi merejam, p = .141, (p>.01). Selain daripada itu, turut

dilaporkan juga hubungan korelasi bagi faktor berat badan dan panjang kaki dengan

prestasi merejam adalah signifikan apabila berat badan r = .541, p = .002 (p < .05) dan

panjang kaki r = .628, p = .000 (p < .01) tetapi tidak signifikan bagi faktor ketinggian

dengan r = .214, p = .257 (p > .05). 60% sampel dilaporkan mempunyai tahap kekuatan

mental yang lemah sebelum melakukan sesi merejam. Manakala 26.7% sampel berada

pada tahap yang sederhana dan 13.3% sampel pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya,

kajian menunjukkan hubungan yang kuat di antara komponen kecergasan berasaskan

motor dan ciri antropometrik dengan prestasi merejam. Kajian ini boleh dilanjutkan

dengan mengukur lebih banyak kemahiran untuk meningkatkan prestasi atlet sepak

takraw.