Reka bentuk dan pembangunan modul pentaksiran pendidikan kesihatan bagi guru tahun satu untuk pelaksanaan pentaksiran bilik darjah

Kajian ini bertujuan untuk reka bentuk dan membangunkan modul pentaksiran

Pendidikan Kesihatan bagi guru tahun satu untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik

Darjah. Metodologi Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) telah dig...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kumaran Gengatharan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9298
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk reka bentuk dan membangunkan modul pentaksiran

Pendidikan Kesihatan bagi guru tahun satu untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik

Darjah. Metodologi Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) telah digunakan dalam

kajian. Metodologi tersebut mempunyai empat fasa. Data bagi fasa pertama iaitu

analisis keperluan telah diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada 298

orang guru Pendidikan Kesihatan yang mengajar tahun satu sebagai persampelan

bertujuan. Data fasa kedua iaitu fasa reka bentuk, diperoleh melalui teknik Fuzzy

Delphi. 20 orang panel pakar telah digunakan dalam fasa ini. Analisis adalah

berdasarkan respon pakar terhadap soal selidik yang terdiri dari tujuh skala Fuzzy

linguistik. Pada fasa ketiga iaitu fasa pembangunan pula, penyelidik telah menggunakan

13 langkah yang terdapat dalam model pembangunan modul Meyer. Pada fasa keempat

iaitu fasa penilaian modul telah dinilai dari segi keberkesanan dan kebolehgunaanya. 60

murid tahun satu telah digunakan untuk mengetahui keberkesanan modul tersebut.

Mereka telah diuji dengan menggunakan praujian dan pascaujian dan datanya dianalisis

dengan menggunakan ANCOVA manakala penilaian kebolehgunaan didapati melalui

temu bual separa bersturktur ke atas lima orang guru Pendidikan Kesihatan yang telah

menggunakan modul pentaksiran tersebut selama 8 minggu untuk melaksanakan

Pentaksiran Bilik Darjah. Temu bual tersebut telah dianalisis secara tematik. Dapatan

kajian dibincangkan secara berfasa. Dapatan fasa analisis menunjukkan memang

terdapat keperluan untuk membangunkan modul pentaksiran tersebut manakala dapatan

fasa reka bentuk menunjukkan bahawa panel pakar telah mencapai kesekapatan

bersama bagi konstruk dan item yang terdapat dalam modul tersebut dengan memenuhi

syarat Fuzzy Delphi seperti nilai threshold (d) 0.2, peratus kesepakatan pakar >

75peratus dan nilai Alpha Cut > 0.5. Dapatan penilaian keberkesanan menunjukkan

memang terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen (M = 84.1,

SP = .605) dengan kumpulan kawalan (M = 50.61, SP = .605). Perbezaan min antara

dua kumpulan ialah 34 mata skala dengan 95peratus Cl. Selain itu juga, kesan saiz

antara kumpulan adalah tinggi dengan nilai statistik eta squared 0.952. Oleh itu,

berdasarkan dapatan kajian ini, modul pentaksiran Pendidikan Kesihatan yang telah

dibangunkan ini berkesan dalam meningkatkan pengetahuan murid dalam konteks

kajian. Dapatan penilaian kebolehgunaan yang terdapat daripada temu bual

menunjukkan modul pentaksiran tersebut memang cekap dan berguna untuk

melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah. Kesimpulannya, satu modul pentaksiran telah

diwujudkan untuk mengurangkan beban guru dalam penghasilan bahan pentaksiran

untuk subjek Pendidikan Kesihatan dan untuk membantu guru-guru tahun satu bagi

melaksanakan Pentaksiran Bilik darjah dengan yakin dan cekap.