Keberkesanan penggunaan model MIT (Modul Instrumen Tahap) terhadap pemain bola sepak bawah 14 tahun negeri Johor

Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan Model MIT terhadap pemain

bola sepak bawah 14 tahun di Negeri Johor. Model MIT terdiri daripada tiga item

iaitu Modul Coaching Games for Understanding (CGfU), Inst...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohammad Zarid Zaini
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2022
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9320
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan Model MIT terhadap pemain

bola sepak bawah 14 tahun di Negeri Johor. Model MIT terdiri daripada tiga item

iaitu Modul Coaching Games for Understanding (CGfU), Instrumen Indeks Penilaian

Prestasi Pemain (IPPP) dan tahap prestasi pemain. Modul CGfU dan IPPP diukur

berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan, menentukan tahap prestasi, melihat

perbandingan dan mengenal pasti hubungan tentang modul dan prestasi pemain bola

sepak. Keberkesanan penggunaan Modul CGfU dan IPPP ditentukan melalui soal

selidik persetujuan jurulatih. Kekuatan modul dan instrumen dikaji melalui kaedah

triangulasi. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan

kualitatif. Populasi kajian adalah pemain bola sepak bawah 14 tahun dari sekolahsekolah

menengah daerah Johor Bahru. Sampel terdiri daripada 52 orang pemain bola

sepak bawah 14 tahun. Kajian ini mendapati nilai kesahan dan kebolehpercayaan

Modul CGfU dan instrumen IPPP adalah tinggi. Tahap keseluruhan prestasi pemain

bola sepak kumpulan rawatan menggunakan instrumen IPPP adalah pada tahap pracemerlang

iaitu pemain dapat menghubung kait, menganalisis dan mengorganisasi

nilai-nilai murni sepanjang permainan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan

yang kuat dan positif antara prestasi pemain dalam aspek psikomotor, kognitif, dan

afektif. Modul CGfU dan IPPP didapati berkesan berdasarkan nilai kaedah triangulasi

yang tinggi. Kesimpulannya, Model MIT boleh dijadikan panduan jurulatih untuk

melatih permainan untuk kefahaman dan menjadikan pemain lebih intelligent dalam

permainan bola sepak, menilai pemain secara menyeluruh dalam aspek psikomotor,

kognitif dan afektif serta dapat mengetahui tahap prestasi pemain bola sepak.