Retorik puisi geliga dalam membudayakan masyarakat Iban: analisis teori budaya dan stilistik

Retorik leka main geliga merupakan salah satu puisi peringatan tentang adat dalam

kalangan masyarakat Iban. Puisi geliga dilafazkan sebelum bermulanya perayaan

gawai dan majlis perkahwinan. Penghuni rumah panjang da...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9325 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Retorik leka main geliga merupakan salah satu puisi peringatan tentang adat dalam

kalangan masyarakat Iban. Puisi geliga dilafazkan sebelum bermulanya perayaan

gawai dan majlis perkahwinan. Penghuni rumah panjang dan tetamu diingatkan tentang

adat melalui puisi geliga yang berkaitan dengan tingkah laku dan boleh dikenakan

denda jika di antara mereka didapati melanggar adat tersebut. Penyelidikan ini

dijalankan untuk mengenal pasti jenis leka main geliga rakyat Iban, merungkai fungsi

leka main geliga rakyat Iban berdasarkan teori budaya dan menganalisis gaya bahasa

pengulangan kata dalam geliga rakyat Iban berdasarkan teori stilistik. Dapatan data

diperoleh daripada data-data bersifat kualitatif menerusi temu bual, pemerhatian dan

perpustakaan dengan menggunakan teori budaya dan teori stilistik oleh Mana Sikana

(2013) berdasarkan pendekatan meneliti aspek latar budaya teks, meneliti perjuanganperjuangan

individu dan kefahaman pembaca. Seramai sembilan responden yang

terlibat iaitu tujuh responden merupakan pemuisi geliga dan dua responden lagi

merupakan pegawai penyelidik. Hasil dapatan mendapati leka main geliga mempunyai

tiga jenis iaitu Geliga Gawai, Geliga Gawai Antu dan Geliga Nikah. Fungsi bagi leka

main geliga pula adalah sebagai peringatan tentang adat, sebagai panduan atur cara

perayaan gawai dan perkahwinan, alat untuk mendidik tingkah laku, merapatkan

hubungan, bersikap jujur dan memiliki sikap hormat-menghormati. Gaya bahasa

pengulangan kata yang telah digunakan dalam leka main geliga adalah anafora, epifora

dan mesodilopsis. Penyelidikan ini bukan sahaja menjelaskan geliga sebagai puisi

tradisional masyarakat Iban namun juga sebagai wadah untuk memperkasakan adat dan

budaya yang telah diwarisi secara turun-temurun agar dapat membentuk masyarakat

Iban yang berilmu, berwawasan dan beretika tinggi.