Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran dan pemudahcaraan Thirukkural berdasarkan teknologi Augmented Reality di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Thirukkural dan

menganalisis keperluan guru dan murid dalam penyediaan modul pembelajaran

Thirukkural, membentuk dan membangunkan modul pembelajaran Thi...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9328 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Thirukkural dan

menganalisis keperluan guru dan murid dalam penyediaan modul pembelajaran

Thirukkural, membentuk dan membangunkan modul pembelajaran Thirukkural

berdasarkan teknologi Augmented Reality serta menilai kebolehlaksanaan modul

tersebut dalam kalangan murid Tahun Lima di SJK(T). Kajian ini dilaksanakan dengan

menggunakan model ADDIE yang merangkumi tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan,

fasa reka bentuk modul dan fasa penilaian. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah

campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan dalam

kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan 60 orang murid Tahun Lima di SJK(T). Data

temu bual dianalisis secara kualitatif, manakala data soal selidik serta ujian pra dan

pasca dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan IBM SPSS Statistics 26.

Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan

bahawa modul pembelajaran Thirukkural diperlukan dalam meningkatkan tahap

pemahaman dalam pembelajaran Thirukkural. Modul pembelajaran Thirukkural yang

melibatkan 30 kuplet dibangunkan dengan menggunakan teknologi Augmented Reality

dan kaedah Fuzzy Delphi. Kebolehlaksanaan modul ini dinilai dengan menggunakan

ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Nilai skor min antara

ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan

signifikan sebanyak 11.27 skor min, manakala kumpulan kawalan mencatatkan

peningkatan lebih rendah, iaitu nilai skor min 0.57 sahaja. Kesimpulannya, modul

pembelajaran Thirukkural berdasarkan Augmented Reality adalah berkesan dalam

meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Thirukkural kalangan murid di

SJKT. Implikasinya, modul pembelajaran Thirukkural berdasarkan Augmented Reality

boleh menjadi bahan bantu mengajar tambahan yang berkesan kepada guru dan murid

dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Thirukkural.