Kesan pentadbiran British terhadap pembangunan bandar di negeri Perak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pentadbiran kolonial British

terhadap pembangunan bandar di Perak pada tahun 1900 sehingga 1957. Campur

tangan British bukan sahaja memberi keuntungan terhadap pi...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Tuan Waheda Tuan Chik
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9330
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pentadbiran kolonial British

terhadap pembangunan bandar di Perak pada tahun 1900 sehingga 1957. Campur

tangan British bukan sahaja memberi keuntungan terhadap pihak kolonial malah telah

memberi kesan terhadap proses pembangunan setempat terutamanya aspek

perbandaran di beberapa daerah di Perak. Pembangunan perbandaran disifatkan

semakin pesat semasa pentadbiran British kerana kegiatan ekonomi dan politik. Oleh

itu, kajian mengenalpasti kemunculan bandar-bandar utama di negeri Perak.

Penglibatan kolonial British dalam perbandaran di Perak turut dihuraikan di/samping

mengetengahkan isu dan permasalahan dalam perbandaran di Perak ketika era

pentadbiran kolonial British. Kajian dijalankan menggunakan sepenuhnya kaedah

kualitatif dengan penekanan terhadap analisis dokumen primier seperti fail Perak

Secretariat, High Commisioner Office dan juga Perak Gazette yang diperoleh dari

Arkib Negara Malaysia. Kajian serta penulisan berkenaan perbandaran turun

dianalisis bagi mengukuhkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati antara kawasan

yang mengalami pembangunan bandar ketika era kolonial ialah Ipoh, Taiping, Teluk

Anson, Kampar, Batu Gajah, dan juga Grik. Di samping itu, pelbagai jabatan yang

bertanggungjawab dalam urusan perbandaran telah ditubuhkan di bawah kuasa

pentadbiran peringkat negeri Perak seperti Town Planning Department, Public Work

Department serta Sanitary Board. Prasarana bandar serta jaringan pengangkutan

awam turut memberi kesan kepada kepesatan pembangunan bandar. Permasalahan

sosial seperti petempatan setinggan bandar dan masalah sosial dalam masyarakat di

kawasan bandar juga wujud kesan daripada proses perbandaran yang berlaku.

Pembangunan bandar yang berlaku di Perak secara umumnya dikaitkan dengan polisi

pentadbiran British yang disifatkan bertujuan memberi keuntungan terhadap pihak

kolonial dan dalam masa yang sama memberi impak positif terhadap pembangunan

di Perak.