Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Bio-Lab bagi amali Biologi pra universiti berasaskan Flipped Classroom

Kajian ini bertujuan membangun dan menguji kebolehgunaan modul pembelajaran

amali Biologi Bio-LAB berasaskan flipped classroom bagi topik biokatalisis, respirasi

sel dan fotosintesis peringkat pra universiti. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Aimei Nadrah Mohd Nor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9482
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji kebolehgunaan modul pembelajaran

amali Biologi Bio-LAB berasaskan flipped classroom bagi topik biokatalisis, respirasi

sel dan fotosintesis peringkat pra universiti. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian

pembangunan berasaskan model ADDIE. Tiga instrumen soal selidik digunakan dalam

kajian ini iaitu soal selidik kesahan modul, soal selidik kebolehpercayaan modul dan

soal selidik kebolehgunaan modul. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik

ditentukan melalui peratus persetujuan pakar dan pekali Cronbachs Alpha. Nilai

kesahan dan kebolehpercayaan bagi soal selidik kesahan modul adalah 94.5%

(=0.783), soal selidik kebolehpercayaan modul adalah 96.4% (=0.805) dan soal

selidik kebolehgunaan modul adalah 95.5% (=0.804). Seramai 110 orang pelajar

matrikulasi dipilih secara persampelan kesenangan bagi menguji kebolehgunaan Modul

Bio-LAB. Data dianalisis menggunakan peratus persetujuan pakar, pekali Cronbachs

Alpha, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa Modul Bio-LAB

mempunyai kesahan yang baik dengan nilai peratus persetujuan pakar sebanyak 91.9%

dan mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Cronbachs Alpha 0.803.

Hasil analisis deskriptif menunjukkan skor min bagi kelima-lima aspek kebolehgunaan

modul adalah tinggi. Nilai skor min dan sisihan piawai bagi aspek format adalah 4.43

(sp=0.208), aspek isi kandungan 4.63 (sp=0.236), aspek kebolehcapaian objektif 4.58

(sp=0.262), aspek kebolehlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran 4.64

(sp=0.251) dan aspek kepuasan 4.49 (sp=0.190). Kesimpulannya, Modul Bio-LAB yang

dibangunkan mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan yang baik.

Penggunaan Modul Bio-LAB dapat menyokong persediaan pelajar sebelum

pembelajaran amali secara bersemuka dijalankan. Implikasinya, pelajar boleh

menggunakan Modul Bio-LAB ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan seterusnya

mendorong pembelajaran aktif selaras dengan pembelajaran abad ke-21.