Faktor peramal Niat Tingkah Laku guru memanfaatkan peranti mudah alih dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi

Niat Tingkah Laku (NTL) guru memanfaatkan Penggunaan Sebenar (PS) telefon

pintar dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah menen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazaruddin Abdul Hadi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9486
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi

Niat Tingkah Laku (NTL) guru memanfaatkan Penggunaan Sebenar (PS) telefon

pintar dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah menengah. Kajian juga

menilai kesan mediator dan moderator terhadap hubungan antara konstruk kajian.

Kaedah kajian ialah secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk proses

pengumpulan data melibatkan 479 orang guru RBT di Negeri Sembilan yang dipilih

secara persampelan rawak dua peringkat. Penganalisisan data secara statistik

deskriptif pada peringkat pertama dilakukan untuk menjawab persoalan kajian

pertama. Dapatan kajian mendapati Kesediaan Guru (KG), Kesediaan Teknologi

(KT), Persepsi Mudah Guna (PMG), Persepsi Kebergunaan (PK), NTL dan PS berada

pada tahap tinggi. Peringkat kedua penganalisisan melibatkan statistik inferensi iaitu

Analisis Faktor Pengesahan (Confirmation Factor Analysis, CFA) dan Pemodelan

Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modelling, SEM) dengan menggunakan

perisian IBM SPSS-AMOS versi 24.0 untuk menjawab empat persoalan kajian

seterusnya. Didapati KG, KT, PMG dan PK adalah faktor yang mempengaruhi NTL

secara signifikan serta NTL merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi PS

dalam memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam PdPc RBT. Analisis keseluruhan

SEM membuktikan bahawa konstruk model TR2TAM telah menyumbang sebanyak

71% varians bagi NTL dan 66% varians bagi PS. PK terbukti merupakan mediator

dalam hubungan antara PMG dan NTL. Gender dan pengalaman mengajar berfungsi

sebagai moderator antara KG, KT, PMG dan PK dengan NTL. Keseluruhannya, Model

Peramal TR2TAM telah memenuhi indeks fit yang ditetapkan dengan mencapai

kesepadanan dengan data kajian empirikal. Kesimpulannya, kajian ini telah membantu

untuk menjelaskan lagi faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi guru untuk

memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam PdPc RBT di samping sebagai penanda

aras terhadap aspek-aspek yang diukur bagi penggunaan peranti teknologi dalam

kalangan guru secara amnya berdasarkan tetapan sistem pendidikan di Malaysia.

Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada pemahaman terhadap teori dan model

penerimaan teknologi secara konstektual kepada pihak yang berkepentingan.