Kajian pemilihan teks puisi klasik buku teks menengah rendah bagi kurikulum standard sekolah menengah (KSSM)

Kajian ini bertujuan mengkaji pemilihan teks puisi klasik dalam buku teks Bahasa

Cina menengah rendah bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian kandu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teoh, Wei Hao
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9503
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji pemilihan teks puisi klasik dalam buku teks Bahasa

Cina menengah rendah bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian kandungan teks puisi

klasik dalam buku teks dan persepsi murid terhadap teks puisi klasik yang dipelajari

dalam buku teks Bahasa Cina serta penerapan nilai murni dan estetik dalam

kalangan murid menengah rendah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan

menganalisis buku teks dan menjalankan sesi temu bual. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa sebanyak dua puluh tiga buah puisi klasik dalam buku teks

telah memenuhi standard pemilihan puisi klasik iaitu ideologi, kesenian, keseronokan,

informatif serta sifat kontemporari, tiga belas buah puisi klasik memenuhi empat

standard pemilihan puisi klasik, tiga belas buah puisi klasik memenuhi tiga standard

pemilihan puisi klasik manakala dua buah puisi klasik memenuhi dua standard

pemilihan puisi klasik. Minat pembelajaran murid nyata dipertingkatkan dengan teks

puisi klasik yang memenuhi lima atau empat aspek dalam standard pemilihan teks

puisi klasik. Nilai murni dan nilai estetik telah diterapkan ke dalam minda murid

dengan mempelajari teks puisi klasik yang memenuhi aspek ideologi, kesenian dan

informatif. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa teks puisi klasik

yang dipilih masih perlu ditambahbaik dari segi keperluan standard pemilihan puisi

klasik supaya minat pembelajaran dan penerapan nilai murni serta estetik dalam

kalangan murid dapat dipertingkatkan. Implikasi kajian ini menunjukkan tema puisi

klasik mendekati kehidupan murid dan memenuhi lima standard pemilihan puisi klasik

berkeupayaan meningkatkan minat pembelajaran murid dan dapat dijadikan rujukan

kepada panel penggubal sukatan pelajaran terutamanya dalam perancangan dan

perlaksanaan kurikulum di peringkat Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk proses semakan buku teks nanti