Pertimbangan moral dalam urusan pinjaman wang antara peniaga kecil dengan Bank Plecit di pasar tradisional Purwokerto, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah

Kajian ini memfokuskan pertimbangan moral dalam urusan pinjaman wang antara

peniaga kecil dengan bank plecit di Pasar Tradisional Purwokerto, Kabupaten

Banyumas, Jawa Tengah. Kajian ini mengupas pertimbangan moral d...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9533 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini memfokuskan pertimbangan moral dalam urusan pinjaman wang antara

peniaga kecil dengan bank plecit di Pasar Tradisional Purwokerto, Kabupaten

Banyumas, Jawa Tengah. Kajian ini mengupas pertimbangan moral dari aspek kognitif,

emosi, dan tindakan moral dalam urusan peminjaman wang tersebut. Metodologi

kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan bersemuka digunakan untuk

pengumpulan data. Pengkaji kajian terdiri daripada 9 orang peniaga kecil di pasar

tradisional dan 7 orang pemilik bank plecit. Dapatan kajian menunjukkan bank plecit

menjadi pilihan peniaga kecil dalam urusan pemberian pinjaman wang kerana diri

sendiri terpaksa meminjam atas keperluan mendesak untuk menambah modal

perniagaan di pasaran. Ini juga berikutan kesukaran peniaga kecil untuk mendapatkan

pinjaman daripada bank rasmi kerana kurangnya pengetahuan tentang prosedur

pinjaman bank rasmi dan syarat yang rumit terutama berkaitan jaminan. Oleh itu, aspek

kognitif yang diambil kira semasa membuat pertimbangan moral dalam urusan

peminjaman wang daripada bank plecit ialah mengaitkan faktor budaya yang sedia

wujud dalam masyarakat kelas bawahan di Indonesia. Bagi bank plecit, keuntungan

adalah faktor utama yang mendorong keinginan untuk meminjamkan wang. Dari aspek

emosi moral, pinjaman wang antara peniaga kecil dengan bank plecit berlaku kerana

perasaan empati akibat wujudnya kehendak perniagaan yang saling memerlukan iaitu

ingin membantu oleh bank plecit dan ingin meneruskan perniagaan oleh peniaga kecil.

Pemilik bank plecit juga melahirkan rasa malu dan bersalah mengenakan bunga yang

tinggi, namun kepentingan keuntungan diutamakan. Seterusnya, dapatan pertimbangan

moral dari segi kognitif dan emosi telah membawa kepada tindakan moral yang diambil

oleh kedua-dua pihak untuk meneruskan urusan pinjaman. Tindakan moral ini

dipengaruhi oleh adanya kompetensi moral, kekuatan dan kelemahan keinginan, dan

tabiat kedua-dua pihak dalam urusan pinjaman wang. Kajian ini turut mencadangkan

peranan kerajaan diperlukan untuk menyediakan program yang memudahkan dan

menyokong pemberian pinjaman wang kepada peniaga kecil supaya mereka tidak

bergantung kepada bank plecit.