Pembangunan dan penilaian Modul Bacaan Awal Menggunakan Kaedah Fonik Bahasa Melayu di Prasekolah Aliran Cina

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai Modul Bacaan Awal

Menggunakan Kaedah Fonik Bahasa Melayu di Prasekolah Aliran Cina. Modul

merangkumi kemahiran menyebut dan membunyikan huruf, membaca perkataan,&a...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9538 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai Modul Bacaan Awal

Menggunakan Kaedah Fonik Bahasa Melayu di Prasekolah Aliran Cina. Modul

merangkumi kemahiran menyebut dan membunyikan huruf, membaca perkataan,

frasa dan ayat yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan tertutup.

Pembangunan dan penilaian modul dalam kajian berlandaskan lima fasa Model

ADDIE dinilai oleh tujuh orang pakar dengan soal selidik Likert empat mata. Fasa

Analisis Keperluan merangkumi matlamat pengajaran, murid dan perkembangan

pembelajaran. Fasa Reka Bentuk menentukan teori pengajaran dan pembelajaran

kemahiran membaca Bahasa Melayu dengan kaedah yang mudah difahami mengikut

perkembangan pembelajaran murid. Fasa Pembangunan berkemahiran membaca

Bahasa Melayu yang khusus, objektif jelas, aktiviti yang bersesuaian dan pentaksiran

tahap penguasaan yang boleh dicapai. Fasa Pelaksanaan terdiri daripada kesesuaian

modul, kesesuaian aktiviti dan kesesuaian peruntukan masa. Fasa Penilaian untuk

mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kandungan bagi kesesuaian terhadap

prasekolah, kesesuaian terhadap murid prasekolah dan kesesuaian terhadap

perkembangan pembelajaran murid prasekolah. Kajian ini turut mengenal pasti

pencapaian keseluruhan kemahiran membaca Bahasa Melayu bagi murid prasekolah

aliran Cina dengan reka bentuk kuasi-eksperimen. Kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan masing-masing terdiri daripada 50 orang murid prasekolah aliran Cina di

bawah jagaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Kumpulan rawatan

menggunakan kaedah fonik manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah abjad

dan kaedah gabungan bunyi kata. Analisis data kuantitatif dengan statistik deskriptif.

Kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid prasekolah aliran Cina

didapati telah meningkat sebanyak 81% pada Ujian Pasca berbanding dengan hanya

17% dalam data Ujian Pra. Kesimpulannya, modul berjaya dibangunkan dan dinilai.

Modul berbentuk bahan cetakan dan perisian komputer selaku Microsoft PowerPoint

dan Anyflip. Kajian ini menjelaskan bahawa kaedah fonik lebih berkesan untuk

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu bagi murid

prasekolah aliran Cina.