Faktor-faktor pengekalan pelajar prauniversiti di negeri Selangor

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara komitmen individu,

integrasi akademik, integrasi sosial, komitmen institusi dan sistem pembelajaran

modular dengan pengekalan pelajar prauniversiti. Kajian...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9543 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara komitmen individu,

integrasi akademik, integrasi sosial, komitmen institusi dan sistem pembelajaran

modular dengan pengekalan pelajar prauniversiti. Kajian ini juga bertujuan untuk

menentukan faktor peramal terbaik yang mempengaruhi pengekalan pelajar tingkatan

enam. Pendekatan kajian menggunakan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan.

Sampel kajian melibatkan 351 pelajar tingkatan enam di negeri Selangor. Instrumen

kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Skala Integrasi Institusi oleh Pascarella

dan Terenzini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan

inferens. Analisis statistik inferens yang digunakan ialah Korelasi Pearson, Ujian Khi

Kuasa Dua serta regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang

sederhana dan signifikan (p = 0.00 < 0.01) antara pemboleh ubah komitmen individu

(r = 0.369), integrasi akademik (r = 0.373), komitmen institusi (r = 0.355) dan sistem

pembelajaran modular (r = 0.449) dengan pengekalan pelajar prauniversiti. Dapatan

kajian menunjukkan sistem pembelajaran modular merupakan faktor peramal terbaik

bagi pengekalan pelajar yang mana nilainya adalah signifikan secara statistik iaitu (

= 0.244; p = 0.000) manakala faktor-faktor lain tidak menyumbang kepada

pengekalan pelajar. Implikasi kajian menunjukkan sistem pembelajaran modular yang

membolehkan pelajar-pelajar mengulang untuk memperbaiki keputusan peperiksaan

telah menjadi faktor peramal terbaik untuk pelajar terus kekal di tingkatan enam.

Kesimpulannya, pengetahuan faktor-faktor yang mempengaruhi pengekalan pelajar

prauniversiti penting dalam pengurusan pengekalan pelajar. Walau bagaimanapun,

kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan dengan melibatkan semua pelajar

tingkatan enam di Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai

faktor-faktor yang mempengaruhi pengekalan pelajar.