Kesan intervensi Program Penyatuan Pasukan terhadap efikasi kolektif, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan atlet hoki remaja

Kajian ini bertujuan menilai kesan intervensi Program Penyatuan Pasukan terhadap efikasi

kolektif, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan ke atas atlet pasukan hoki

remaja. Pendekatan kuantitatif dengan rek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saiful Bahri Mat
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9549
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menilai kesan intervensi Program Penyatuan Pasukan terhadap efikasi

kolektif, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan ke atas atlet pasukan hoki

remaja. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan

dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada 44 orang pemain hoki bawah 15 tahun di

dua buah sekolah sukan. Instrumen kajian adalah Program Penyatuan Pasukan yang dibina

oleh penyelidik dan soal selidik CEQS (Collective Efficacy Questionnaire for Sports),

GEQ (Group Environment Questionnaire) dan CCS (Coaching Competency Scale) untuk

menguji efikasi kolektif, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan. Data

dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis

inferens menggunakan ujian MANOVA. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan aras

persepsi atlet terhadap efikasi kolektif, kesepaduan pasukan dan kompetensi kejurulatihan

berada pada tahap yang tinggi. Analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan kesepaduan pasukan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di

mana skor kesepaduan pasukan F (1, 42) = 47.89 (p < .05). Kesimpulan kajian

menunjukkan Program Penyatuan Pasukan berupaya mempertingkatkan kesepaduan

pasukan pemain hoki remaja. Implikasi kajian mencadangkan Program Penyatuan Pasukan

sebagai alternatif kepada latihan pendekatan psikologi bagi membantu meningkatkan

motivasi dalaman atlet dalam sukan hoki.