Pemikiran mencipta dalam penulisan sajak murid berdasarkan Taksonomi Bloom (Semakan Anderson)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan seseorang murid untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat penaakulan serta

refleksi bagi menyelesaikan masalah. Murid yang menguasai K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zarina Abu Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9558
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan seseorang murid untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat penaakulan serta

refleksi bagi menyelesaikan masalah. Murid yang menguasai KBAT ini akan berupaya

untuk membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Berdasarkan

Taksonomi Bloom Semakan Anderson, KBAT terdiri daripada empat aras teratas

tahap pemikiran iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Pemikiran

mencipta ialah aras tertinggi yang melibatkan proses menghasilkan idea, produk dan

kaedah secara kreatif serta inovatif. Penerapan pemikiran mencipta kepada murid

boleh dilakukan melalui penggunaan pelbagai bahan termasuk bahan komponen

sastera. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pemikiran mencipta dalam penulisan

sajak murid berdasarkan Taksonomi Bloom Semakan Anderson. Amalan pemikiran

mencipta ini merangkumi pemahaman murid tentang pemikiran mencipta, proses

menyusun idea dan bahasa semasa menulis sajak serta kaedah pengajaran guru

dalam penerapan pemikiran mencipta kepada murid. Kajian ini menggunakan reka

bentuk kualitatif untuk memerhati dan menganalisis data secara mendalam tentang

makna dan proses pemikiran mencipta dalam penulisan sajak murid. Kaedah

pengumpulan data adalah melalui pemerhatian turut serta, temu bual dan analisis

dokumen. Seramai enam orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua

dan seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Seremban. Dapatan kajian

telah menunjukkan bahawa murid dapat memahami makna dan mengaplikasi

pemikiran mencipta dalam penulisan sajak berdasarkan Taksonomi Bloom Semakan

Anderson. Guru juga melakukan pelbagai kaedah pengajaran dalam usaha untuk

menerapkan pemikiran mencipta kepada murid. Kesimpulannya, penulisan sajak

menjadi salah satu medium penting dalam penerapan pemikiran mencipta kepada

murid. Melalui penulisan sajak telah memperlihatkan beberapa elemen dan proses

dalam pemikiran mencipta berdasarkan Taksonomi Bloom Semakan Anderson.

Implikasi kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan bahan komponen sastera

adalah sangat berkesan dalam usaha untuk menerapkan KBAT kepada murid.