Asas pergendangan Kelantan dalam Mak Yong (IR)

Kesenian tradisional dilihat semakin hilang ditenggelami era teknologi dan globalisasi masa kini. Ini amat kritikal kerana pengiat atau pewaris kesenian tradisional juga semakin berkurangan, sarna ada ditelan dek umur atau meninggal dunia. Adalah amat penting bagi kita memulihara dan memastikan kese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yap, Eng Sim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=959
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesenian tradisional dilihat semakin hilang ditenggelami era teknologi dan globalisasi masa kini. Ini amat kritikal kerana pengiat atau pewaris kesenian tradisional juga semakin berkurangan, sarna ada ditelan dek umur atau meninggal dunia. Adalah amat penting bagi kita memulihara dan memastikan kesenian tradisional warisan ini terus wujud. Ia melambangkan identiti Negara kita yang unik. Sebuah Negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum peribumi. Kesenian tradisi ini merupakan khazanah yang tidak temilai harganya pada bangsa dan Negara kita. Dalam sistem pendidikan di sekolah, pendidikan muzik banyak mengunakan sistem pendidikan muzik dari barat. Menurut Zaharul Lailidin Saidon (14:2009), amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Walaupun pada masa kini terdapat kesedaran yang wujud dalam pendidik untuk menggunakan sumber kesenian tradisional sebagai bahan pengajaran pendidikan muzik di sekolah, namun kekurangan bahan rujukan sentiasa menjadi kekangan untuk meneruskan hasrat ini. Maka diharap usaha mendokumentasikan kesenian tradisional warisan Negara kita terus dilaksanakan dengan harapan suatu hari nanti impian pendidik ini akan terlaksana. Walaupun usaha menggunakan kesenian warisan tradisional Negara dalam pendidikan muzik di sekolah bukan mudah, namun ia juga bukan mustahil pada suatu hari nanti.