Pengaruh budaya organisasi, pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan orientasi keusahawanan terhadap prestasi perusahaan herba di Indonesia

Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan,

adhokratik, hierarki, pasaran) ke atas Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM),

pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik, hierarki, p...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9693 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan,

adhokratik, hierarki, pasaran) ke atas Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM),

pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik, hierarki, pasaran) ke atas

orientasi keusahawanan, dan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik,

hierarki, pasaran), Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan orientasi

keusahawanan ke atas prestasi perusahaan herba di Indonesia. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah deduktif. Sampel kajian terdiri

daripada 400 orang usahawan herba yang berdaftar pada Asosiasi Pengusaha Herbal

Indonesia (APHI) yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah.

Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan

Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuh

daripada 14 hipotesis yang diuji adalah disokong. Secara spesifiknya, budaya pasaran

merupakan satu-satunya faktor budaya yang mempengaruhi TQM secara signifikan

dan positif (=0.266, p<0.001). Budaya adhokratik (=0.235, p<0.001) dan pasaran

(=0.638, p<0.001) merupakan faktor budaya yang signifikan mempengaruhi

orientasi keusahawanan secara positif. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan

bahawa budaya klan (=0.269, p<0.001), TQM (=0.121, p<0.05) dan orientasi

keusahawanan (=0.406, p<0.001) merupakan mempengaruhi prestasi organisasi

secara signifikan dan positif, manakala budaya pasaran mempengaruhi prestasi

organisasi secara signifikan dan negatif. Kesimpulannya, prestasi perusahaan boleh

ditingkatkan melalui budaya klan, Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan

orientasi keusahawanan, amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berupaya

ditingkatkan melalui budaya pasaran dan orientasi keusahawanan berupaya

ditingkatkan melalui budaya adhokratik dan pasaran. Implikasinya, bagi

meningkatkan prestasi perusahaan herba, budaya organisasi, terutamanya budaya

klan, TQM dan orientasi keusahawanan perlu diamalkan secara intensif.