Pengurusan identiti bangsa dalam trilogi karya Hamka

Kajian ini berasaskan kepada tiga objektif, pertama mengenal pasti prinsip yang

terdapat dalam pengurusan identiti bangsa, kedua menganalisis pengurusan identiti

bangsa Melayu berdasarkan 14 Prinsip Pengurusan Henry...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fathin Noor Ain Ramli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9713
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini berasaskan kepada tiga objektif, pertama mengenal pasti prinsip yang

terdapat dalam pengurusan identiti bangsa, kedua menganalisis pengurusan identiti

bangsa Melayu berdasarkan 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol dan ketiga,

merumuskan kesesuaian Teori Teksdealisme untuk menganalisis pengurusan identiti

bangsa dalam trilogi novel Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

(TKVDW), Merantau Ke Deli (MKD) dan Di Bawah Lindungan Kabah (DBLK).

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan

analisis teks. 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol telah diaplikasikan sepenuhnya bagi

melihat pengurusan identiti bangsa yang terdapat di dalam trilogi novel Hamka. Selain

itu, Teori Teksdealisme turut diaplikasikan dalam melihat kesesuaiannya bagi

penelitian pengurusan identiti. Empat elemen yang dikenal pasti memainkan peranan

dominan dalam pembentukan identiti bangsa Melayu iaitu budaya, imej, bahasa dan

agama menjadi komponen utama yang dilihat dalam aspek pengurusan identiti bagi

kajian ini. Penerapan disiplin pengurusan telah berjaya dikesan dalam ketiga-tiga buah

novel iaitu di plot permulaan bagi novel TKVDW dan MKD sementara novel DBLK

hanyalah terserlah di plot perumitan. Disiplin pengurusan telah membantu pengukuhan

kepada empat elemen pembinaan identiti bangsa Melayu melalui enam prinsip janaan

Henry Fayol; autoriti, disiplin, uniti perintah, utamakan kepentingan organisasi,

rantaian skala dan semangat kekitaan. Relevansi Teksdealisme dalam mempengaruhi

corak penghasilan jalan cerita sesebuah karya terutamanya novel adalah kerana karya

yang terhasil merupakan cerminan sebenar identiti bangsa Melayu sebagaimana cuba

diketengahkan oleh Hamka dan adalah wajar penelitian terhadap sesebuah karya sastera

tidak dipisahkan daripada seseorang pengarang. Kesimpulannya, pengurusan identiti

merupakan proses penyusunan secara teratur yang menerapkan perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dengan memberi penekanan terhadap

empat elemen pengurusan identiti iaitu budaya, imej, bahasa dan agama yang

menyumbang kepada pembinaan dan pengukuhan identiti. Implikasi daripada kajian ini

diharapkan menjadi panduan asas dalam memahami dan menyelongkar identiti bangsa

Melayu serta membuka ruang lingkup baru dalam dunia kritikan sastera tanah air

melalui disiplin pengurusan.