Kesan dimensi pembelajaran Marzano terhadap keupayaan menjawab soalan kefahaman dalam kalangan murid Cina tahun lima

Kajian ini dijalankan untuk menyelidik kesan Dimensi Pembelajaran Marzano (DPM)

terhadap keupayaan menjawab soalan kefahaman membaca dalam kalangan murid

Cina tahun lima SJKC. Kajian juga bertujuan menganalisis perb...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9742 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan untuk menyelidik kesan Dimensi Pembelajaran Marzano (DPM)

terhadap keupayaan menjawab soalan kefahaman membaca dalam kalangan murid

Cina tahun lima SJKC. Kajian juga bertujuan menganalisis perbezaan pencapaian

murid sebelum dan selepas penggunaan DPM. Responden kajian ini terdiri daripada

60 orang murid Cina tahun lima di sebuah sekolah SJKC di kawasan bandar. Kajian ini

merupakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah kuasi

eksperimen. Data kajian dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca dan soal selidik.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian murid

kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan iaitu t = 7.210 dan tahap signifikan

p=.000 (p <0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan positif

pencapaian murid sebelum dan selepas penggunaan DPM dan analisis deskriptif

terhadap penerimaan murid menunjukkan skor min 4.46 dan menunjukkan

kecenderungan yang tinggi terhadap penerimaan murid dalam pengajaran berdasarkan

DPM dalam menjawab soalan kefahaman. Hal ini menunjukkan keberkesanan

penggunaan DPM dalam meningkatkan keupayaan menjawab soalan kefahaman

membaca dalam kalangan murid Cina. Implikasi kajian ini guru dan murid khususnya

di sekolah SJKC dapat mengaplikasikan DPM sebagai satu cara baharu dalam

pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu.