Perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil berdasarkan Teori Hibrid

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga ciri utama dalam konteks komunikasi

bagi data peribahasa Melayu dan Tamil serta menganalisis operasi metafora peribahasa

berdasarkan fitur elemen dalam Teori Hibrid. Te...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9750 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga ciri utama dalam konteks komunikasi

bagi data peribahasa Melayu dan Tamil serta menganalisis operasi metafora peribahasa

berdasarkan fitur elemen dalam Teori Hibrid. Teori ini digunakan untuk meneliti

perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa

Tamil. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis

kandungan. Sebanyak 12 data peribahasa Melayu dan Tamil pada aras sekolah rendah

daripada tiga kategori nilai moral telah dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini. Nilai

moral tersebut terdiri daripada nilai kerajinan, kerjasama dan kesederhanaan. Teori

Hibrid diyakini dapat memberi perspektif baharu kepada kajian berasaskan peribahasa

dengan mengkaji aspek linguistik kognitif dan pragmatik. Tiga pencirian utama dalam

konteks komunikasi iaitu perwatakan, kebijaksanaan dan ketuhanan memiliki ciri

komunikasi yang hampir sama bagi data peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil.

Analisis kajian mendapati bahawa peribahasa Melayu dan Tamil memiliki nilai dan

falsafah tersendiri berdasarkan akal budi masyarakat yang berbeza. Fitur elemen dalam

rantau konsepsi antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil menunjukkan

perbezaan yang ketara terutamanya menerusi konsep ad hoc manakala falsafah di

sebalik pemilihan unsur dalam peribahasa menggambarkan ciri persamaan dari aspek

budaya masyarakat Melayu dan India. Penemuan maklumat tetap berkonteks turut

menghasilkan pengetahuan baharu dalam bidang semantik. Kajian ini mempunyai

keupayaan sebagai wahana peradaban bangsa Melayu dan India sekaligus menjadi

penggerak inovasi dalam pengajaran kedua-dua bahasa ini di sekolah khususnya dan

dalam masyarakat secara umumnya.