Polisi, kefahaman, sokongan, kompetensi dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam pelaksanaan kokurikulum Ensembel Kombo Sekolah Menengah

Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti polisi kokurikulum Ensembel Kombo

Sekolah Menengah (EKSM) dan hubungan antara persepsi kefahaman polisi dalam

kalangan guru pembimbing, sokongan iklim sekolah, kompeten...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9753 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti polisi kokurikulum Ensembel Kombo

Sekolah Menengah (EKSM) dan hubungan antara persepsi kefahaman polisi dalam

kalangan guru pembimbing, sokongan iklim sekolah, kompetensi dan penguasaan mata

pelajaran Pendidikan Muzik murid yang menyertai EKSM. Kaedah kualitatif dan

kuantitatif telah dirangka dalam kajian ini bagi menjawab lima soalan kajian dan lima

hipotesis. Teknik analisis dokumen diguna pakai bagi menginterpretasikan polisi

berpandukan model ADEPT (Analysis of Determinants of Policy Impact). Dokumen

yang dipilih ialah kertas konsep, minit mesyuarat, surat-menyurat dan buku panduan

kokurikulum. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan model PLS-SEM.

Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi kefahaman polisi dalam kalangan guru

pembimbing (M = 4.33, SD = 0.39), sokongan iklim sekolah (M = 4.11, SD = 0.466),

kompetensi (M = 4.02, SD = 0.517) dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik

murid yang menyertai EKSM (M = 3.95, SD = 0.496) adalah tinggi. Kompetensi guru

pembimbing adalah signifikan dengan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik

murid yang menyertai EKSM. Selain itu, kajian ini turut mendapati kompetensi guru

pembimbing bertindak sebagai mediator antara sokongan iklim sekolah dengan

penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik murid EKSM. Implikasi kajian ini

mencadangkan agar polisi pelaksanaan kokurikulum EKSM ditambah baik selari

dengan konsep kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum dan masalah guru yang pasif

dalam kokurikulum EKSM diatasi. Kajian ini turut menyarankan kajian-kajian lanjutan

bagi mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum muzik sebagai pelengkap kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan

Muzik.