Integrasi nasional berteraskan kontrak sosial dalam karya seni visual

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen-elemen integrasi nasional dalam

kontrak sosial yang berlaku dalam kalangan kumpulan kaum yang ada di Malaysia.

Kajian ini menginterpretasikan fenomena kumpulan-kumpulan...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2022

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9765 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen-elemen integrasi nasional dalam

kontrak sosial yang berlaku dalam kalangan kumpulan kaum yang ada di Malaysia.

Kajian ini menginterpretasikan fenomena kumpulan-kumpulan kaum yang direkodkan

di dalam bentuk karya seni visual berkenaan hubungan integrasi nasional menerusi

elemen sejarah hubungan kaum, era konflik, era stabil tapi tegang dan era kesepaduan

sosial hubungan kaum. Artis rujukan yang terlibat dalam kajian ini adalah Mohd Redza

bin Piyadasa, Ibrahim bin Hussein, Lee Kian Seng, Noor Azizan Rahman bin Paiman,

Symran Gill, Sulaiman bin Esa, Zulkifli bin Yusoff, Jasper John, Robert Rauschenberg,

Maya Ying Lin dan Felix W. Weldon. Penerokaan idea dalam aspek yang terdapat di

dalam karya-karya pelukis yang dirujuk melibatkan peristiwa dan isu, identiti, piagam

perlembagaan dan kenegaraan, serta memorial dan peristiwa sejarah. Kajian ini

menggunakan kaedah penyelidikan studio seni halus menerusi pendekatan Refleksi

Kritikal Kendiri, Eksperimentasi Studio dan Ulasan Kontekstual. Teori Integrasi

Nasional dalam perhubungan kaum digunakan sebagai panduan kontekstual yang

menjadi asas bagi penghasilan kajian ini. Penyelidikan ini memberikan sumbangan

dalam bidang seni halus dengan memberikan penambahan koleksi seni visual dan

perkaitan isu-isu perhubungan kaum dalam konteks perpaduan negara dalam realiti

semasa. Penyelidikan ini juga memberikan impak dalam pemahaman berkenaan isu-isu

integrasi nasional yang merentasi kumpulan kaum yang sentiasa berlaku dan berubah.

Penyelidikan ini juga memberikan gambaran konteks dan trend semasa berkenaan

integrasi nasional sebagai rujukan. Selain itu, penyelidikan ini turut memberikan suatu

cadangan persepsi baharu dan simbol berkenaan perpaduan dan penyatuan kaum secara

khususnya.