Penilaian pelaksanaan program pendidikan STEM dalam kalangan guru sekolah rendah negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan program STEM guru Sains dan Matematik

sekolah rendah di negeri Perak berdasarkan Model Penilaian CIPP (Konteks, Input, Proses

dan Produk) yang diasaskan oleh Stufflebea...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sin, Wai San
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9767
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan program STEM guru Sains dan Matematik

sekolah rendah di negeri Perak berdasarkan Model Penilaian CIPP (Konteks, Input, Proses

dan Produk) yang diasaskan oleh Stufflebeam, D.L. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif.

Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata yang

melibatkan seramai 300 orang guru STEM sekolah rendah dari 10 daerah di negeri Perak.

Satu set instrumen soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data.

Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kedua-dua cara deskriptif dan inferens.

Dapatan menunjukkan keseluruhan min konteks 3.46 (SP=1.07), keseluruhan min input 3.76

(SP=1.11), keseluruhan min proses 4.04 (SP=1.02) dan keseluruhan min produk 3.80

(SP=1.06). Analisa Kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara

dimensi input dengan dimensi produk (r = 0.438). Manakala hubungan antara dimensi

konteks dengan dimensi produk (r = 0.309), dan hubungan antara dimensi proses dengan

dimensi produk (r = 0.362) berada pada tahap sederhana kuat. Implikasi kajian ini

menunjukkan keadaan kemudahan di bengkel dan makmal sekolah masih memerlukan

perhatian. Peruntukan masa silibus tentang STEM adalah tidak mencukupi bagi

mengadakan sesi amali. Lebih banyak latihan dan kursus berkaitan dengan kaedah

pengajaran STEM dan kaedah penilaian STEM diperlukan.