Hubungan antara sikap, minat dan gaya pembelajaran terhadap pembelajaran Jawi murid sekolah rendah di Hulu Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan di antara sikap, minat dan gaya

pembelajaran murid Tahun lima terhadap pembelajaran jawi di Daerah Hulu Selangor.

Kajian ini menggunakan kaedah Kuantitatif secara tinjauan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ainatul Amanah Mhd Bakri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9769
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan di antara sikap, minat dan gaya

pembelajaran murid Tahun lima terhadap pembelajaran jawi di Daerah Hulu Selangor.

Kajian ini menggunakan kaedah Kuantitatif secara tinjauan untuk mengenalpasti gaya

belajar, sikap dan minat murid semasa pembelajaran Jawi. Instrumen kajian yang

digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A

merangkumi maklumat diri murid. Manakala bahagian B pula merangkumi 37 item

soalan berkaitan dengan gaya pembelajaran. Bahagian C pula merupakan 10 item

soalan berkaitan dengan sikap terhadap pembelajaran jawi dan bahagian D terdiri

daripada tujuh item soalan yang berkaitan minat murid terhadap pembelajaran jawi.

Sampel kajian seramai 349 orang murid tahun lima dipilih secara rawak dari sekolahsekolah

rendah Daerah Hulu Selangor. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan

menunjukkan tahap gaya pembelajaran murid tahun lima adalah sederhana (M=2.82;

SD=0.21). Manakala sikap murid terhadap pembelajaran jawi berada dalam tahap

sederhana (M=3.31; SD=0.40). Minat murid terhadap pembelajaran jawi juga berapa

pada tahap sederhana (M=3.34; SD=0.43). Dapatan juga mendapati hubungan antara

sikap murid dengan gaya pembelajaran adalah positif (r=0.565; P=0.349), dan

hubungan antara minat dengan gaya pembelajaran pula terdapat hubungan positif

(r=0.544; P=0.349). Kesimpulan daripada dapatan kajian ini diharap dapat memberi

impak yang besar kepada semua pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan

khususnya dalam peringkat sekolah rendah. Implikasi kajian ini ialah semua pihak perlu

bekerjasama dalam mengenalpasti gaya pembelajaran murid supaya dapat membentuk

sikap dan minat mereka dalam pembelajaran khususnya pembelajaran jawi berdasarkan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara.