Sikap guru pelatih Fizik terhadap tahap kefahaman dalam Daya dan Gerakan

<p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap dan kefahaman guru pelatih Fizik dalam Daya dan Gerakan. Kajian ini juga menentukan hubungan antara tahap sikap dan tahap kefahaman guru pelatih Fizik dalam Daya dan Gerakan. Seramai 108 orang responden telah terlibat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurmaisarah Mohidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9782
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap dan kefahaman guru pelatih Fizik dalam Daya dan Gerakan. Kajian ini juga menentukan hubungan antara tahap sikap dan tahap kefahaman guru pelatih Fizik dalam Daya dan Gerakan. Seramai 108 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru pelatih Fizik daripada semester 5,6 dan 7 yang masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan dan soal selidik menggunakan platform Google Form telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 bagi menganalisis data secara statistik deskriptif dengan menentukan min, kekerapan dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi Spearmans Rho bagi menguji hipotesis, H01. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru pelatih Fizik terhadap pembelajaran Daya dan Gerakan adalah sangat positif dengan nilai min keseluruhan = 3.69 manakala tahap kefahaman guru pelatih Fizik dalam Daya dan Gerakan berada pada tahap yang rendah dengan min peratus markah keseluruhan 27.28%. Kajian juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara tahap sikap dan tahap kefahaman guru pelatih Fizik dalam Daya dan Gerakan iaitu hubungan sederhana (Rs = -0375, p=0.000, p<0.01). Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa guru pelatih Fizik mempunyai sikap yang sangat positif terhadap pembelajaran Daya dan Gerakan, namun 88.9% guru pelatih Fizik mempunyai tahap kefahaman yang rendah dalam Daya dan Gerakan. Implikasinya, dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guruguru pelatih Fizik untuk meningkatkan kefahaman dalam isi kandungan sukatan pelajaran Fizik terutamanya topik Daya dan Gerakan agar dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan profesionalisme perguruan.</p><p></p><p></p>