Keberkesanan latihan teknikal dan taktikal bagi meningkatkan pengetahuan dan prestasi aksi taktikal pemain hoki

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan teknikal dan taktikal bagi

meningkatkan pengetahuan dan prestasi aksi taktikal pemain hoki dari sekolah berstatus

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Reka be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Nadzim Hamzah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9787
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan teknikal dan taktikal bagi

meningkatkan pengetahuan dan prestasi aksi taktikal pemain hoki dari sekolah berstatus

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah

berbentuk kuasi eksperimen. Seramai 54 orang subjek yang terlibat untuk menjalankan

kajian ini yang terdiri daripada tiga buah sekolah. Pemain yang terlibat dalam kajian ini

adalah berumur 13-16 tahun. Setiap sekolah terdiri daripada 18 orang pemain. Instrumen

yang digunakan adalah soal selidik TACSIS (Tactical Skills Inventory for Sports), prestasi

aksi taktikal hoki (PATH) untuk melihat prestasi aksi taktikal. Video kamera (Sony, HDRCX240)

digunakan untuk merekod permainan kecil yang ditetapkan iaitu 3 lawan 3 untuk

perbandingan prestasi aksi taktikal, dan program intervensi latihan dijalankan selama

lapan minggu. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA DUA HALA. Hasil kajian

perbezaan min ujian pra dengan ujian pasca mengikut kumpulan untuk pengetahuan

taktikal (TACSIS) dan prestasi aksi taktikal hoki (PATH) menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan untuk Kumpulan Latihan Teknikal dan Taktikal (Rawatan 1),

Kumpulan Latihan Taktikal (Rawatan 2) dan Kumpulan Kawalan. Manakala perbezaan

pengetahuan taktikal selepas program intervensi latihan antara kumpulan untuk Skala A,

B dan C menunjukkan Kumpulan Rawatan 1, Kumpulan Rawatan 2 terdapat perbezaan

yang signifikan dengan Kumpulan Kawalan. Skala D pula hanya Kumpulan Rawatan 2

mempunyai perbezaan yang signifikan dengan Kumpulan Kawalan. Perbandingan PATH

1 (situasi menyerang) selepas program intervensi latihan antara kumpulan menunjukkan

Kumpulan Rawatan 1 mempunyai perbezaan yang signifikan dengan Kumpulan Rawatan

2 (0.444, p<0.05) dan Kumpulan Kawalan (1.056, p<0.05). Manakala Kumpulan Rawatan

2 mempunyai perbezaan yang signifikan dengan Kumpulan Kawalan (0.611, p<0.05).

PATH 2 pula menunjukkan Kumpulan Latihan Rawatan 1 (0.537, p<0.05) dan Kumpulan

Rawatan 2 (0.704, p<0.05) mempunyai perbezaan signifikan dengan Kumpulan Kawalan.

Hasil daripada kajian, program intervensi latihan Kumpulan Rawatan 2 lebih sesuai untuk

pengetahuan taktikal manakala program intervensi latihan Kumpulan 1 lebih sesuai untuk

pretasi aksi taktikal. Cadangan untuk kajian akan datang agar prestasi aksi taktikal dapat

dijalankan dalam situasi permainan lebih ramai iaitu 5 lawan 5 dan menggunakan lebih

banyak kamera agar dapat dilihat dari pelbagai sudut.